Wednesday 26 October 2011

RUMAH GANTI KAMPUNG BUAH PALA – LAYANAN ISTIMEWA
KEPADA"BROKER" YANG "BANTU" PENDUDUK BERPINDAH



Taman Buah Pala, Bukit Gelugor, Pulau Pinang - Asal usulnya
Kampung Buah Pala yang pernah menjadi kontroversi
Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Lim Guan Eng begitu bangga dengan slogan pentadbirannya iaitu C.A.T (Competency, Accountability, Transparency). Ke mana dan di mana saja, Guan Eng dan juak-juaknya akan menjaja slogan ini untuk menunjukkan bahawa Kerajaan DAP di Pulau Pinang adalah pilihan paling ideal berbanding pentadbiran Barisan Nasional.

Betulkah Kerajaan Negeri pimpinan DAP dan Guan Eng itu benar-benar kompeten, punya akauntibiliti serta telus setelus-telusnya? Atau ianya slogan semata-mata untuk mengumpan rakyat Pulau Pinang agar terus memberi sokongan terhadap DAP bagi mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang menjelang pilihanraya umum ke 13? 



Barisan 24 unit rumah ganti di kiri dan kanan untuk
bekas penduduk Kampung Buah Pala
Kelmarin, 25 Oktober 2011, akhbar The Star dalam laporannya bertajuk "Buah Pala Lots go to PKR men" mendedahkan tentang wujudnya layanan istimewa kalangan politik Pakatan Rakyat ke atas kroni mereka dalam pemberian lot-lot rumah ganti kepada bekas-bekas penduduk Kampung Buah Pala di Taman Kampong Buah Pala yang dimajukan oleh Syarikat Nusmetro Sdn Bhd. Dilaporkan juga bahawa dua buah unit rumah lot tepi telah diperuntukkan secara khas serta diberi kepada Pembantu Khas kepada salah seorang pemimpin DAP dan Pembantu Peribadi kepada seorang pemimpin PKR. 



Apa yang diberitahu oleh teman-teman Tok Jen orang yang dimaksudkan sebagai kroni DAP itu ialah Karunakaran a/l Retnam yang merupakan Pembantu Khas kepada Law Heng Kiang, Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri yang juga merupakan ADUN DAP Batu Lanchang. Disahkan bahawa Karunakaran atau lebih dikenali sebagai "Mr Whiteman" itu telah diberikan rumah lot tepi No. 2, Lorong Kaki Bukit, Taman Buah Pala, Bukit Gelugor. Seorang lagi yang dikatakan turut mendapat layanan istimewa dikenali sebagai M. Santha yang diberikan unit rumah lot tepi No. 1 di taman sama. Wanita itu dikatakan mempunyai hubungan baik dan merupakan Pembantu Peribadi kepada S. Raveentheran, ADUN PKR Kawasan Batu Uban. Kedua-dua mereka adalah antara bekas penduduk Kampung Buah Pala yang terpaksa keluar mengosongkan kampung berkenaan ketika kontroversi perkampungan berkenaan memuncak tidak berapa lama dahulu.

Lot tepi No. 2 - diperuntukan khas kepada Pembantu Khas
ADUN DAP Batu Lanchang, Karunakaran
Isu ini jelas memperlihatkan tiada ketelusan atau kejujuran sebenarnya dalam pentadbiran Kerajaan DAP pimpinan Guan Eng. Apa yang nyata Pakatan Rakyat khususnya DAP juga turut mengamalkan kronisme dengan mengutamakan serta memberi layanan istimewa kepada kalangan mereka yang sehaluan dan rapat dengan mereka sepertimana yang diberikan kepada Pembantu Khas kepada Law Heng Kiang dan Pembantu Peribadi S. Raveentharan. Walaupun dalam kenyataan yang dibuat oleh Karunakaran a/l Retnam seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star kelmarin, Pembantu Khas kepada ADUN DAP Batu Lanchang itu menegaskan bahawa beliau tidak menduga akan mendapat lot tepi kerana pemilihan lot dibuat secara undian rawak. Kalau pun benar undian itu dibuat secara rawak, pengundian itu juga dipercayai dijalankan secara terancang agar kedua-dua mereka Karunakaran dan M. Santha mendapat unit-unit lot seperti ditetapkan. Pemberian kedua-dua unit khas berkenaan diyakini adalah sebagai "membalas budi" mereka selaku "broker" setelah berjaya menyakinkan para penduduk Kampung Buah Pala sebelum ini untuk keluar dari kampung itu bagi memberi laluan agar projek yang hendak dimajukan dapat dilaksanakan. P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar The Star juga menafikan pembabitan Kerajaan Negeri dalam menentukan pemilihan unit-unit rumah ganti untuk bekas-bekas penduduk Kampung Buah Pala itu. Memanglah Kerajaan Negeri tak terlibat dalam pengendalian pemilihan atau undian untuk menentukan unit-unit rumah itu dan ianya dilakukan oleh pihak pemaju. Namun sudah tentunya ada "tangan-tangan tersembunyi" di belakang dalam menentukan siapa dan diberikan unit mana dalam undian yang bakal dikendalikan, itu saja.



Lot tepi No. 1 - diperuntukkan khas kepada M. Santha,
Pembantu Peribadi ADUN PKR Batu Uban
Selama ini Pakatan Rakyat khususnya DAP mengecam, mengkritik malahan menghina Barisan Nasional khususnya UMNO yang didakwa mengamalkan kronisme, tidak kompeten lagi untuk menerajui negara, tiada akauntabiliti dan tidak telus dalam segala hal serta dasar-dasarnya. Justeru itu, apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP / Guan Eng itu kompeten dan telus? Mengatakan dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Cakap tak serupa bikin. Di manakah realitinya slogan C.A.T yang dijaja di segenap pelusuk negeri atau pun yang sebenarnya ia membawa maksud amalan rasuah (Corruption) yang turut diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Guan Eng itu di samping keangkuhan (Arrogance) serta pencabulan (Transgression) terhadap semua bentuk nilai murni, tatasusila, moral, peraturan dan sebagainya.

Sunday 16 October 2011

VFC - GERAKAN KRISTIAN UNTUK MURTADKAN
ORANG-ORANG ISLAM DI MALAYSIA


Gerakan Kristianisasi semakin berani dan terus ancam Islam di Malaysia. Sebuah gereja baru dikatakan bergerak aktif dalam pendakyahan Kristian melalui upacara keagamaan dan perjumpaan tertutup pada setiap pagi hari Ahad di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru. Kegiatan pendakyahan itu dikatakan adalah usaha berterusan yang dijalankan oleh sebuah pertubuhan gereja radikal yang berpusat di Singapura iaitu Victory Family Centre (VFC) yang sebelumnya dikenali sebagai Calvary Charismatic Centre sekitar tahun 1990an.

Dr Rick Seaward - Pengasas
VFC
Pengasas VFC Singapura ialah Rev. Dr Rick Seaward, seorang rakyat Amerika yang mendapat taraf kewarganegaraan Singapura, adalah seorang pastor Kristian radikal yang cukup dikenali di Singapura kerana peranan aktifnya mempengaruhi serta memurtadkan orang Islam di negara itu. Dalam pada itu, pastor bagi gereja baru di Johor Bahru dikenalpasti sebagai Jeremy Seaward, iaitu anak dan juga bakal pengganti kepada pengasas VFC itu. Misi utama Jeremy Seaward adalah menubuhkan pengkalan VFC di Johor Bahru yang bakal dijadikan pusat bagi menjayakan visi serta gerakan mereka mengembang serta pendakyahan Kristian di kalangan umat Islam di Malaysia dan seterusnya memurtadkan mereka.


Pastor Jeremy Seaward - bakal
menggantikan bapanya untuk Kristiankan
umat Melayu Islam di Malaysia
Sekitar tahun 1990an nama gereja tersebut ditukarkan setelah kegiatannya disekat oleh Kerajaan Singapura berikutan gerakan radikal pendakyahan yang dijalankan serta pandangannya terhadap Islam sehingga mencetuskan perselisihan antara agama yang menjejaskan keharmonian. Berikutan publisiti serta imej buruknya, penganut Kristian telah menghindarkan diri mereka daripada gereja ini. Kerajaan Singapura juga telah menerbitkan Kertas Putih yang antara menyatakan bahawa Rev. Dr Rick Seaward adalah sebagai di antara sebab mengapa Kerajaan Singapura perlu menggubal serta meluluskan satu undang-undang baru dikenali sebagai “The Maintenance Of Religious Harmony Act – Seaward’s agenda in Malaysia is to make ‘all Malays to be Christian’”.

Akhbar The Straits Times Singapura turut menyiarkan 2 artikel yang dihubungkan melalui internet dengan Arkib Perpustakaan Negara Singapura bagi mengesahkan kesahihan kedua-dua artikel itu seperti berikut : -

o   “ISD report cites cases of religious tension”. The Straits Times keluaran 30/12/1989, muka 2. http://newspapers.ni.sg/Digitalised/Article/straitstimes19891230.2.7.2.aspx ;

o   The Straits Times keluaran 30/12/1989, muka 24. “Stopping the over-zealous before they cause strife – Annex to Government White Paper, title Maintenance of Religious Harmony”.


“The Government has from time to time acted to prevent clashes between religious groups, especially between Christians and Muslims. In 1986, ISD called up the leaders of 11 Christian organizations which had been evangelizing among Muslims, to advise them to avoid activities which could cause misunderstanding or conflict. A few ignored this advise.The senior pastor of the Calvary Charismatic Centre (CCC), Rev. Rick Seaward, later said that the CCC wanted “all Malays to be Christians”. In a fiery sermon in August ’87, Seaward declared that “the greatest threat to Christianity… to all mankind is not communism but Islam”, that Singapore would one day become a Christian nation, and that “God special task for Singaporeans was to send them to spread the Gospel to other countries. He therefore exhorted the congregation to be willing to be martyred”. (Straits Times 30 Dec 89).

Laporan akhbar The Straits Times Singapura itu cukup jelas memperlihatkan agenda tersembunyi gerakan Kristian dengan mensasarkan orang-orang Melayu Islam untuk dipesongkan akidah mereka dan seterusnya diKristiankan kerana ancaman terbesar bagi Kristian dan juga seluruh umat manusia di dunia dikatakan bukanlah komunisma tetapi agama Islam.

Kerajaan Singapura yang menyedari akan implikasi gerakan memurtadkan orang-orang Melayu Islam boleh mencetuskan ketegangan serta konflik antara agama di negara berkenaan yang rakyatnya juga terdiri daripada pelbagai kaum serta kepercayaan, mengambil langkah positif mengeluarkan kertas putih bagi menghalang kegiatan CCC di samping turut memanggil bagi memberi amaran kepada 11 gerakan Kristian di negara itu.

Berbanding dengan langkah serta tindakan tegas yang diambil oleh Kerajaan Singapura dalam menangani gerakan golongan radikal fundamentalis Kristian itu, di Malaysia pendekatannya amat berbeza. Sejak kebelakangan ini, gerakan Kristianisasi untuk memesongkan akidah ke arah memurtadkan orang-orang Islam di Malaysia amat ketara. Antaranya yang terbaru dan mencetuskan kontroversi serta kemarahan umat Islam di negara ini ialah upacara agama Kristian iaitu majlis “Thanks Giving Dinner” anjuran Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) melibatkan 12 orang Islam yang dijemput khusus menghadiri upacara itu pada 3 Ogos 2011 lalu. Diikuti selepas itu dengan pendedahan berhubung gerakan Kristianisasi ke atas pelajar sekolah rendah di sebuah pusat tusyen di Jalan Klang Lama melibatkan beberapa pelajar Melayu Tahun 1 hingga Tahun 6 yang diajar menyanyikan lagu-lagu memuji kebesaran Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib dan cerita mengenai kisah Nabi Isa yang telah disalib. Apa yang menjadi tandatanya, di Malaysia pendekatan yang diambil oleh pihak berkuasa terlibat dalam menangani gerakan Kristianisasi dilihat lebih bersifat untuk “jaga hati” manakala di peringkat pimpinan tertentu pula keputusan pula lebih kepada pertimbangan politik, tidak serius serta tidak memperlihatkan kesungguhan ke arah mengawal atau menjaga akidah umat Islam daripada dipesongkan. Apabila timbul isu melibatkan gerakan Kristianisasi ke atas umat Islam, apa yang dilakukan ialah siasatan dan selepas itu senyap sepi dan tidak diketahui apakah tindakan yang diambil terhadap mereka yang terbabit. Pelbagai pihak pula membuat kenyataan itu dan ini tetapi bukannya untuk menyelesaikan isu sebaliknya hanya untuk tumpang semangkuk kononnya merekalah yang serius dalam mempertahankan Islam. Tiada titik noktah dan tindakan terhadap golongan radikal Kristian terlibat.

Justeru itu dalam gerakan terbaru VFC Singapura yang telah menyusup masuk melalui Johor Bahru ini, kerajaan perlu menyiasat dan bertindak lebih tegas. Ini adalah kerana agenda mereka amat jelas lagi ketara, untuk memesongkan akidah orang-orang Melayu Islam di Malaysia dan seterusnya memurtadkan mereka. Gerakan ini amat bahaya dan perlu ditentang habis-habisan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Menteri sendiri perlu lebih pro-aktif dan benar-benar serius dalam menangani gerakan ini. Mereka yang terbabit, jika terbukti perlu diambil tindakan tegas dan tidak boleh lagi main sorok-sorok atau menggunakan pertimbangan politik semata-mata hendak "jaga hati" pihak tertentu. Barang diingat, hati umat Islam yang sudah sekian lama terguris berhubung isu agama ini juga perlu "dijaga". Jangan sampai umat Islam hilang kesabaran mereka, akibatnya amat buruk.

Tok Jen - Musykil, undang-undang mana nak digunapakai dalam isu gerakan Kristianisasi yang boleh mengancam keselamatan masa kini? ISA dalam proses dimansuhkan…

Wednesday 12 October 2011

BIAWAK UNTUK SI "LIDAH BIAWAK"

Awal pagi ini, 12 Oktober 2011 orang awam yang berurusan di Komtar termasuk para peniaga serta kakitangan kerajaan yang berpejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang terletak di kompleks tersebut, gempar dan kelam kabut apabila secara tiba-tiba melihat seekor biawak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar di Tingkat Tiga, Komtar berhampiran dengan pintu masuk utama Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri itu. Orang ramai yang bimbangkan keselamatan diri masing-masing lari bertempiaran dan menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat bagi menangkap biawak tersebut. Pihak Bomba yang bergegas ke tempat kejadian setelah menerima maklumat dari orang awam, setibanya di Komtar telah dihalang oleh Pengawal Keselamatan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri daripada memasuki serta membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kompleks tersebut untuk mengesan dan mengangkap biawak berkenaan. Alasan mereka, tiada apa-apa yang berlaku.

Haiwan yang bersaiz sederhana itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dengan kerjasama pihak keselamatan Komtar pada jam 9.00 pagi di Tingkat 3 kompleks berkenaan di mana kemudiannya diikat serta diletakkan dalam tong sampah bersebelahan dengan Pasaraya Pacific.

Berikutnya pada sebelah tengahari pula, dikatakan orang awam ada terlihat seekor lagi biawak bersaiz agak besar di kawasan tempat letak kereta di Tingkat 3, Komtar. Bagaimanapun samada haiwan itu berjaya ditangkap atau sebaliknya selepas itu, tidak pula diketahui.


Apa yang menarik ialah tindakan pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri mendiamkan diri berhubung dengan insiden ini dan cuba mengelak ianya daripada diketahui umum kerana bimbang ianya akan menjadi isu yang memalukan sepertimana dalam insiden biawak dan itik yang ditemui di ruang pejabat menunggu Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri tersebut sebelum ini. Selain itu, tindakan pengawal keselamatan kompleks kerajaan negeri menghalang pihak Bomba daripada memasuki kompleks tersebut dipercayai ada hubungkaitnya dengan usaha pihak Kerajaan Negeri pimpinan DAP / Guan Eng itu untuk menyembunyikan serta mengelakkan insiden tersebut daripada mendapat publisiti media. Sebelum itu, kedengaran bisik-bisik di kalangan kakitangan tertentu Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan Setiausaha Sulit kepada Guan Eng telah mengingatkan salah seorang Pengawal Keselamatan agar memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan Komtar berikutan adanya penyebaran pesanan ringkas (SMS) mengatakan kononnya bekas penduduk Kampung Buah Pala akan membawa ular dan cicak (biawak) ke kompleks tersebut pada hari ini (12 Oktober 2011).

Kalaulah betul biawak tersebut datangnya daripada bekas penduduk Kampong Buah, maka ianya adalah satu “tribute from the people to the great liar Chief Minister Guan Eng on his lies” bukan saja terhadap penduduk Kampung Buah Pala tetapi juga di atas pembohongan kepada para penduduk Kampong Assam, Kampong Binjai dan Kampong Genting dalam isu pengambilan tanah kampong-kampung terbabit. Berjanji nak bantu, tapi kesudahannya para penduduk dipaksa berpindah. Janji lain, buat lain.


Lidah Biawak - Cakap Lain, Buat Lain
Jelas sekali usaha Guan Eng untuk menyembunyikan insiden biawak di Komtar pagi ini adalah untuk mengelakkan kerajaan negeri yang dipimpinnya dan dirinya daripada mendapat malu. Ini adalah kerana apabila perkara ini diketahui umum, masyarakat akan terus tertanya-tanya kenapa insiden seumpama ini berulang selain akan menilai semula corak kepimpinan, cara pentadbiran Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Inilah yang paling ditakuti oleh Guan Eng kerana ianya bukan saja boleh menjejaskan kredibilitinya tetapi juga kerajaan negeri yang dipimpinnya menjelang pilihanraya umum akan datang apabila kebenaran diketahui umum. Sebenarnya terlalu banyak pembohongan serta penipuan yang dibuat oleh Guan Eng dan DAP sejak mentadbir Pulau Pinang. Ikuti pendedahan-pendedahan seterusnya.

Tok Jen – Eloklah juga, biawak dihadiahkan kepada si “Lidah Biawak”.

Sunday 2 October 2011

HAN CHIANG COLLEGE GOLDEN ACHIEVEMENT AWARDS


KOLEJ HAN CHIANG, DAP BIADAP - MALUKAN MENTERI


KHAMIS lalu, 29 Sept 2011, Datuk Seri Utama Dr Rais
 Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah hadir bagi merasmikan Majlis Golden Achievement Awards Kolej Han Chiang bertempat di Stadium Tertutup kolej berkenaan di George Town. Majlis itu bermula jam 8 malam dan berakhir hampir jam 11 malam. Dianggarkan 1,000 hingga 1,500 orang hadir termasuklah Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin pembangkang seperti Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Ng Wei Aik (ADUN Komtar). 



DS Utama Dr Rais - Tetamu yang dimalukan
Kehadiran beliau pada majlis itu adalah sebagai wakil kepada YAB Perdana Menteri. Ini bermakna beliau merupakan tetamu kehormat di majlis itu dan sepatutnya dilayan dengan penuh penghormatan sejajar bukan sahaja atas kedudukannya selaku seorang Menteri Kanan Kabinet dalam pentadbiran kerajaan pusat tetapi juga kapisitinya selaku wakil kepada Perdana Menteri sekaligus mewakili kerajaan pusat.


Apa yang berlaku adalah sebalik. Dalam aturcara yangdisusun, selain menampilkan Tan Sri Tan Kok Peng selakuPengerusi Lembaga Kolej berkenaan untuk menyampaikan ucapan alu-aluannya, turut disenaraikan menyampaikan ucapan ialah Lim Guan Eng atas kapisiti selaku Ketua Menteri manakala DS Utama Dr Rais Yatim pula sebagai mewakili Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat. Sesi ucapan dimulakan dengan Tan Sri Tan Kok Peng dan ikuti selepas itu ucapan Lim Guan Eng dan terakhirnya ialah ucaputama oleh DS Utama Dr Rais Yatim selaku wakil Perdana Menteri dan kerajaan pusat. Apa yang menarik semasa pengumuman ucapan oleh Lim Guan Eng, pihakpenganjur telah menayangkan  slide multimedia
 (multimedia presentation) khas untuk memperkenalkan Lim Guan Eng serta latarbelakangnya. Di antara perkara-perkarayang ditayangkan ialah slide kedudukan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP,kedudukanya selaku Ahli Parlimen DAP Kawasan Bagan dan ADUN Ayer Puteh di samping beberapa slide ketika Guan Engberucap di khalayak ramai yang dihadiri oleh ribuanpenyokong semasa kempen pilihanraya umum 2008. Bagi setiap slide yang ditayangkan ianya mendapat tepukan, sorakan yang bingit serta jeritan gemuruh daripada para hadirin termasuk para pelajar yang hadir bagi menunjukkan kepada tetamu kehormat, DS Utama Dr Rais Yatim yang hadir dan juga kerajaan pusat betapa sokongan kaum Cina Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng khususnya DAP.

Guan Eng biadap - Malukan tetamu di khalayak ramai
semata-mata cari pengaruh politik
Dalam pada itu, ketika Lim Guan Eng berucap pula senarionya juga
sama. Semasa manyampaikan ucapannya, Lim Guan Eng telah menselang-selikan dalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan sedikit Bahasa Melayu. Ketika ucapannya dalam Bahasa Inggeris dan sedikit Bahasa Melayu, sambutan serta respon adalah sederhana sahaja. Bagaimanapun ucapannya dalam Mandarin mendapat sambutan serta respon yang amat baik sekali dengan tepukan gemuruh serta sorakan dan pekikan membingitkan daripada para hadirin termasuk kalangan pelajar. Walaupun intipati ucapannya tidak diketahui, apa yang nyata ucapan
tersebut sudah tentunya menyentuh isu-isu menarik perhatian hadirin atau isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka.


Apabila DS Utama Dr Rais Yatim dijemput berucap pula,respon serta sambutan para hadirin hanya biasa-biasasahaja. Tepukan tangan pun tidak bermaya dan ada di antara yang hadir tidak ambil peduli pun. Lebih menarik lagi, ketika DS Utama Dr Rais Yatim berucap, suasana dalamstadium tertutup itu  mula bertukar menjadi suasana sepertimana di pasar-pasar awam. Diperhatikan sebilangan besar hadirin yang 99.9% terdiri daripada kaum Cina bercakap-cakap sesama mereka dan tidak ambil peduli langsung apa amanat yang dibawanya atau pesanan Perdana Menteri kepada kaum Cina di Pulau Pinang khususnya golongan pelajar CIna. Sebagai seorang veteran politik, DS Utama Dr Rais Yatim menyedari akan senario itu di mana di akhir ucapannya cuba memikat hati para hadirin dengan menggunakanbeberapa ungkapan dalam Mandarin dan juga Hokkien (kalau tak silap). Walaupun ungkapan-ungkapan yang digunakan mendapat respon hadirin dengan tepukan, tetapi ianya hambar malahan tidak sedikit pun menyentuh hati dan perasaan.

Tan Kok Peng - Bersubahat malukan tetamu

Signifikan di sebalik usaha pihak penganjur khususnya KolejHan Chiang dan Tan Kok Peng selaku teraju utamakolej itu menayangkan "multimedia presentation"mengagung-agungkan Lim Guan Eng di hadapan tetamu kehormat undangan mereka, sambutan serta respon membingitkan ke atas ucapan Guan Eng dalam Mandarin yang diyakini menyentuh isu-isu yang ada hubungkait dengan kepentingan kaum Cina, jelas merupakan satu perbuatan atau tindakan untuk memalukan Menteri berkenaan dan juga kerajaan pusat. Sememang itulah yang amat dirasai oleh beberapa kerat orang Melayu yang turut hadir di majlis itu terutamanya kalangan pegawai-pegawai kanan kementerian yang mengiringi menteri tersebut serta beberapa pegawai kanan kerajaan persekutuan yang lainnya. Kesian apabila melihat seorang Menteri KananPusat diperlakukan serta dimalukan sedemikian rupa. Apayang diketahui, pada sebelah siangnya sebelum majlis ituberlangsung ada pihak tertentu telah menasihatinya agartidak hadir di majlis berkenaan. Bagaimanapun beliau berkeras untukhadir kerana telah diamanahkan untuk berbuat demikian bagi mewakili Perdana Menteri.



Boleh dikatakan rata-rata reaksi dari kalanganpegawai-pegawai kanan persekutuan terbabit melahirkan rasa kesal mereka di mana majlis yang sepatutnya menjadi medan untuk mengiktiraf pencapaian golongan pelajar telah dijadikan flatform untuk memalukan seorang menteri dan kerajaan pusat. Mereka juga sependapat bahawa sepatutnya DS Utama Dr Rais Yatim tidak perlu memenuhi undangan tersebut. Ada juga yang merungut berhubung dengan bantuan kerajaan sebanyak RM15 juta kepada sekolah-sekolah Cina di Pulau Pinang di mana ianya tidak sepatutnya diberikan. Menurut mereka lagi, tanpa bantuan kerajaan pusat pun sekolah-sekolah Cina boleh bergerak dengan sendirinya kerana sekolah-sekolah Cina berkenaan mampu memperolehi dana bantuan daripada pelbagai pihak dan pertubuhan kaum Cina sendiri. Adalah lebih baik bantuan seumpama itu disalurkan kepada sekolah-sekolah agama rakyat seperti Sekolah Al-Mansor. Ini adalah kerana kaum itu tidak akan berterima kasih apatah lagi menghargai apa jua sumbangan serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat. Lebih dari itu sumbangan atau bantuan yang diberi dipandang serong dan dilihat sebagai mempunyai muslihat serta "gula-gula" politik kerajaan untuk menarik sokongan atau menjerat kaum Cina agar menyokong kerajaan pusat menjelang pilihanraya umum akan datang. 

Kolej Han Chiang Pulau Pinang

Satu pengajaran yang harus diambil dalam insiden memalukan menteri itu. Pertama ialah sikap biadap DAP dan sebilangan kaum Cina yang turut diterapkan di kalangan pelajar-pelajar agar menolak apa jua dasar serta sistem pentadbiran kerajaan pusat. Manifestasinya jelas, orang Cina tetap orangCina. Kalau dulu matlamat mereka menguasai ekonomi dantelah pun berhasil, kini matlamat mereka adalah merebutkuasa politik di tangan Melayu. Mereka mahu jadikanMalaysia seperti Singapura. Mereka mahu tukarkan Malaysiajadi negara republik. Kalau tidak, masakan Guan Engberulang-alik ke Singapura untuk mendapatkan nasihatdaripada Lee Kuan Yew. Kalau tidak, masakan Guan Eng bawa Lee Kuan Yew berkunjung ke Pulau Pinang bagi mentaklimatkan Menteri Mentor Singapura itu berhubung dengan pelan perancangan DAP untuk "mengSinpurakan" Pulau Pinang. Kalau tidak, masakan boleh sekumpulan paderi Kristian menjalankan upacara ikrar dan sumpah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian di samping berusaha untuk memastikan agar pada pilihanraya akan datang Perdana Menteri Malaysia hendaklah dari kalangan Kristian. Siapakah yang bakal menjadi Perdana Kristian Malaysia yang pertama itu kalau tidak Guan Eng? Bukankah Guan Eng seorang penganut Kristian Anglican?(Maka Anwar Ibrahim pula tak perlulah lagi nak pasangangan-angan tinggi nak jadi Perdana Menteri. Lupakanlah dan beriperhatian kepada kes yang sedang dihadapi atau terusbertaubat duduk di Masjid Tok Kun). Apa akan jadi kepadaMelayu Pulau Pinang sekiranya agenda DAP ini berhasil? Kemana lagi akan lari atau berhijrahnya Melayu Pulau Pinangyang dilihat semakin pupus di kawasan pulau? LaksamanaHang Tuah pernah berkata, "Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia". Bagaimana pula dengan senario di Pulau Pinang, "ke manakah kan hilangnya Melayu Pulau Pinang?"



Lebih menarik lagi, apa yang berlaku semasa majlis GoldenAachievement Awards Kolej Han Chiang itu juga sedikitsebanyak memperlihatkan kalangan pelajar turut dan telah pundiindoktronasikan dengan ideologi DAP agar membencikerajaan pusat. Peranan ini sebenarnya tidak lain dan tidakbukan diusahakan oleh Tan Kok Peng yang sememangnyamempunyai hubungan istimewa dengan Guan Eng. Tidakketerlaluan jika dikatakan, berdasarkan doktrin sentimenkeCinaan yang menebal disemai berterusan di kalanganpelajar kolej berkenaan, produk yang akan dihasilkan adalah generasi muda Cina yang anti kerajaan pusat.

P/S - Untuk Datuk Seri Najib Tun Abd Razak : Ada ketikanya pertimbanganpolitik itu perlu. Ada ketikanya pertimbangan juga perluambilkira "silent majority" kerana sekiranya "silentmajority" ambil sikap tidak peduli, akibatnya amat buruk..