Saturday, 12 January 2013

CHIN PENG - APA HAK SEORANG PENGKHIANAT NEGARA?

Puak-puak yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia yang turut serta dalam HKR KL #112 di Kuala Lumpur hari ini, 12 Januari 2013 turut melaungkan hak Chin Peng, seorang penderhaka dan pengkhianat negara selaku rakyat negara ini yang tidak sepatutnya dihalang untuk pulang ke tanah air. Hak asasi apakah yang sebenarnya diperkatakan oleh puak-puak yang beragendakan mahu mengembangkan kembali fahaman sosialis-komunis di negara ini itu?
Apakah keluarga mereka yang menjadi korban keganasan, kezaliman serta pembunuhan komunis termasuk anggota pasukan keselamatan yang terdiri polis dan tentera suatu ketika dulu tidak punya hak untuk menolak atau menentang hasrat puak-puak sosialis-komunis itu untuk membawa pulang seorang penderhaka serta pengkhianat negara yang telah mengorbankan beribu-ribu nyawa orang awam serta anggota pasukan keselamatan di zaman perjuangan militan bersenjata PKM yang banyak mengakibatkan penderitaan terhadap rakyat dahulu? Apa yang diperjuangkan oleh puak-puak sosialis-komunis moden ini hanyalah bermatlamatkan politik dan sengaja menjadikan perkara berkenaan sebagai isu untuk menarik sokongan rakyat dengan meletakkan kesalahan kepada pihak kerajaan bagi menjayakan agenda utama mereka untuk berkuasa di negara ini.

ANUGERAH MUSLIMAH CONTOH HKR KL #112

PAS bila dah sekongkol dengan puak-puak DAP, PAS pun bersetuju dengan DAP untuk menerapkan unsur-unsur seperti ini di kalangan Muslimahnya. Mungkin PAS juga tiada masalah jika muslimahnya pakai fesyen ikut trend semasa. Wallahualam..

Thursday, 10 January 2013

BILA GEREJA JADI RUMAH ALLAH!

Ini akan berlaku jika umat Islam terus berpeluk tubuh dan hanya menjerit ke sana-sini tanpa berbuat sesuatu mulai sekarang

Sunday, 6 January 2013

PAS DULU DAN SEKARANG

Inilah lambang asal PAS yang digunakan sejak 1951 hingga 1973. Dulu PAS dikenali sebagai Pan-Islamic Malayan Party atau ringkasnya PMIP. PAS kemudian menukar logonya ketika menyertai BN pada 1974. Bintang 5 bermaksud 5 rukun Islam yang sememangnya diperjuangkan oleh Pakatan Angkatan Sabilillah (P.A.S) sebelum ianya menjadi sebuah parti politik.
Salah satu asas serta matlamat perjuangan PAS adalah untuk bangsa dan tanahair. Tapi... sekarang apa dah jadi dengan PAS !! Matlamat asal perjuangan sanggup diketepikan, soal akidah umat sanggup digadai setelah bersekongkol dengan DAP dan "Tokong Guan" yang entah datang dari mana tetapi diangkat pula jadi "Khalifah Umar Ibni Aziz"...

Saturday, 5 January 2013

AMANAT HADI AWANG - KESANNYA TERHADAP PERPADUAN, KEHARMONIAN UMAT ISLAM DAN MASYARAKAT

Beberapa minggu kebelakangan ini, isu amanat Haji Hadi Awang ketika menyampaikan ceramahnya di Kg Banggol Peradong, Terengganu sekitar tahun 1981 dulu telah menjadi bualan umum. Apa yang menjadi bualan utama adalah kesan buruk yang berpunca daripada amanat songsang lagi menyesatkan itu.
Ada suami sanggup menceraikan isterinya semata-mata berpunca daripada perbezaan fahaman politik. Si suami yang begitu taksub dengan PAS dan mendokong amanat sesat yang dibawa oleh Hadi Awang tergamak menceraikan isteri kerana berpihak kepada UMNO yang suatu ketika dulu begitu popular dengan panggilan "taghut" di kalangan PAS disebabkan mengamalkan dasar "assobiyah". Terdapat kejadian di mana majlis pernikahan terpaksa dibatalkan disebabkan perbezaan fahaman politik di antara keluarga pasangan yang hendak bernikah. Kadi yang menyokong atau dibayar gaji oleh Kerajaan Persekutuan juga tidak sah untuk menikahkan pasangan dari kalangan PAS. Lebih menarik lagi, solat Jumaat yang diimamkan oleh mereka yang bukan dari kalangan PAS adalah tidak sah. Maka terjadilah solat Jumaat secara berasingan. Inilah di antara kesan daripada amanat Hadi Awang itu yang secara tidak langsung telah mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam sesama sendiri dan sekaligus mewujudkan pertelingkahan serta percanggahan pendapat dalam soal yang menyentuh akidah.
Rentetan daripada apa yang berlaku, jelas memperlihatkan bahawa PAS bukan lagi sebuah parti politik yang bermatlamatkan menegakkan negara Islam, tetapi adalah sebuah gerombolan ajaran songsang yang boleh menyesatkan dan memesongkan akidah di kalangan umat Islam.

UNDI PAS BOLEH JEJAKI LAILATUL QADAR ??

PAS semakin sesat dan menyesatkan !! Mungkin ada yang akan menuduh Tok yang sesat dan sengaja membuat fitnah. Di sini Tok akan buktikan bahawa sememangnya PAS semakin sesat dan menyesatkan. Ini semua semata-mata untuk kepentingan politik serta bagi meraih sokongan rakyat terhadap perjuangan songsang yang dibawa oleh segelintir pemimpinnya yang gila dan mabuk kuasa !!
Sebelum ini kalangan “ulama songsang” dalam PAS memfatwakan bahawa sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga. Astafirullahal’azim… Sebenarnya fatwa ini bukanlah perkara baru sepertimana fatwa mereka mengkafirkan sesama Islam. Fatwa “undi PAS masuk syurga” ini sebenarnya telah berlaku sejak lebih 20 tahun dahulu iaitu sekitar tahun 1980an lagi.
Terbaru, PAS secara halus sedang mempengaruhi minda bukan sahaja di kalangan ahli, penyokong serta pendokongnya tetapi juga cuba memesongkan akidah di kalangan umat Islam dengan ajaran barunya, “UNDI PAS DAN JEJAKI LAILATUL QADAR!!”.
Ini terbukti melalui pemasangan sebidang banner pada dinding pagar Pusat Kesihatan Kota Raja Jembal, Kota Bharu yang terletak di Jalan Sultan Omar, Kota Raja Jembal (dahulunya lebih dikenali sebagai Pulau Melaka), Kota Bharu dan dikesan pada 24 Ogos 2012 jam 12.03 tengahari. Berdasarkan catatan pada banner berkenaan, ianya disediakan oleh pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.
PAS kini telah jauh terpesong dari matlamat asalnya. PAS sanggup berbuat apa saja bagi mengekal serta mempertahankan kuasanya di Kelantan. PAS tidak peduli masyarakat Islam berpecah-belah. PAS tidak ambil pusing kalau pengikut taksub dan tegarnya terpesong akidah mereka disebabkan fatwa-fatwa songsang dan menyesatkan seperti ini. Bagi PAS itu adalah yang sebaik-baiknya. Kuasa politik perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Biarkan masyarakat Islam bertelagah sesama sendiri itu bukan urusan mereka. Sejak bersekongkol dengan DAP, matlamat utama adalah ke Putrajaya.
Kesimpulan PAS kini telah bertukar wajah menjadi gerombolan pembawa ajaran songsang yang boleh menyesatkan dan memesongkan akidah umat Islam. Justeru itu, masyarakat Islam di negara ini perlu sedar dan insaf di samping menilai kembali - apakah PAS benar-benar mahukan Islam atau hanya mahukan kuasa politik !! Pihak berkuasa agama khususnya JAKIM pula perlu melihat perkara ini secara teliti dan menyiasat agar tindakan boleh diambil ke atas individu-individu perosak masyarakat dan akidah yang terdapat dalam PAS. Wallahualam...