Friday, 9 September 2011

MAT SABU PATUT MINTA BANTUAN KOMUNIS BUKAN POLIS !!



Butterworth, 9 Sept - Hari ini Mat Sabu (Mat "Sapu" sebenarnya) telah buat laporan polis di Balai Polis Kepala Batas, Pulau Pinang yang mendakwa bahawa sejak Utusan Malaysia menyiarkan laporan tentang ceramahnya di Padang Menora yang mendewa-dewakan komunis sebagai pejuang kemerdekaan, beliau kononnya telah difitnah dan kecam oleh pelbagai pihak yang melabelkannya sebagai penyokong komunis. Menurutnya lagi, beliau dan keluarga telah beberapa kali menerima ancaman dan salah satu daripadanya melalui SMS yang mengancam untuk menyimbah asid ke atas isteri dan anak perempuannya serta mencabarnya menyerang Balai Polis. Ancaman itu telah meletakkan keluarganya dalam kegelisahan dan menuduh Utusan Malaysia sebagai dalang dalam isu tersebut.

Mat Sabu ditemani oleh Rosidi Hussein, YDP PAS Kepala Batas dan seorang lagi penyokongnya semasa hadir membuat laporan polis itu.

Perkembangan terbaru ini memperlihatkan kebimbangan pemimpin (bukan pemimpin - badut sebenarnya) mulut celupar PAS itu terhadap apa yang dikatakannya sebagai ancaman, ugutan serta fitnah terhadap diri dan keluarga ekoran kelancangan mulutnya. Apa jua tuduhan yang dilemparkan oleh umum terhadap "mulut lembek" (istilah orang Kelantan untuk yang bermulut celupar) seperti melabelkannya sebagai penyokong komunis adalah satu kenyataan malah Mat Sabu ini sebenarnya adalah komunis yang sepatutnya dihalau dari Malaysia atau dihapuskan saja.

Setelah merasakan keselamatan diri dan keluarganya terancam, alih-alih kepada pihak polis pula dia mengadu. Buat laporan polis kononnya menerima ugutan dan ancaman. Kenapa tidak minta bantuan daripada "komunis pejuang kemerdekaan" seperti yang diagung-agungkannya dalam ceramah di Padang Menora baru-baru ini ? Kenapa tidak dibuat laporan kepada Chin Peng komunis tu, supaya komunis siasat ancaman dan ugutan ke atas diri dan keluarga ? Kerana selama ini bagi Mat Sabu dan para sekutunya PKR & DAP, polis adalah musuh mereka, polis tidak boleh dipercayai, polis semua rasuah !! Sementelah dalam 2 siri Perhimpunan Bersih, matlamat mereka adalah untuk menyerang pasukan polis yang bertanggungjawab mengawal ketenteraman awam dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah melalui demonstrasi jalanan.. Fitnah lagi ke kenyataan ini !!

Seperti lazimnya, setelah tersepit Mat Sabu cuba mengalih perhatian umum dengan dakwaan konon diri dan keluarganya diancam. Ini taktik lama untuk meraih simpati para penyokong yang buta mata, buta hati dan buta perut. Kalau sememangnya betul diri dan keluarganya diancam dan diugut, memang patut pun. Dia tak tanya pun bagaimana tergurisnya perasaan hati para keluarga yang mati dibunuh dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong itu !! Bagaimana pula dengan perasaan anggota pasukan keselamatan polis dan tentera yang pernah menyabung nyawa menentang komunis dulu !! Mat Sabu inilah manusia penipu umat Islam di negara ini. Dia perosak masyarakat !! Tidak keterlaluan dikatakan, dia juga perosak rumahtangga orang (sila layari youtube - kes 1994 di Hotel Perdana Kota Bharu).


Thursday, 8 September 2011

GUAN ENG DAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT AKAN HADIR DI MAJLIS RUMAH TERBUKA 1 MALAYSIA WALAUPUN TIDAK DIJEMPUT

Lim Guan Eng bersama Exco serta pemimpin Pakatan Rakyat kelmarin (7/9/2011) memutuskan untuk hadir di Majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia pada 11/9/2011 di Guar Perahu. Samada mereka dijemput atau tidak, mereka akan tetap hadir pada jam 11.20 pagi hari berkenaan.

Ini satu lagi strategi dan taktik terselindung Guan Eng dan DAP untuk menunjukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu menghormati PM. Ketika di majlis itu, mereka akan tunjukkan sibuk dan betapa pentingnya mereka untuk bersama PM. Kehadiran mereka sudah tentunya akan mendapat liputan serta publisiti meluas media Cina (yang pro PR / DAP) untuk menarik perhatian orang ramai dan ini akan memberi "political mileage" kepada DAP. BN perlu berhati-hati dengan taktik populis Guan Eng ini. Pemimpin dan penyokong BN dari pelusok negeri perlu datang seramai mungkin dengan penuh semangat. Selain itu, Guan Eng juga tidak boleh diberi ruang untuk berucap dan menjadi orang penting dalam majlis itu kelak.

LAGI RANCANGAN BUSUK PAS SABOTAJ LAWATAN PM

PAS dilaporkan merancang satu lagi sabotaj bagi menggagalkan Majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia yang akan dihadiri oleh YAB PM pada 11/9/2011 di Guar Perahu, Permatang Pauh. Dalam menjayakan rancangan jahat dan hati busuk mereka, PAS dengan diketuai oleh Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dan Raduan Ramli, Exco Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akan mengadakan demonstrasi semasa ketibaan YAB PM di majlis tersebut. Demonstrasi itu akan turut disertai ahli-ahli Angkatan Muda Keadilan serta para penyokong Pakatan Rakyat. Beberapa lokasi dikenalpasti di mana 
demonstrasi itu akan diadakan. Antaranya ialah di hadapan SMK Guar Perahu, di bawah jejantas dan Pekan Penanti dengan mempamirkan beberapa plakad dan poster yang akan menyentuh isu Altantuya dan cincin berlian.

Perancangan Pakatan Rakyat khususnya PAS ini jelas memperlihatkan betapa jahatnya golongan yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam. Agama Islam hanyalah topeng serta alat untuk menjayakan agenda politik mereka bagi merebut kuasa. Niat jahat mereka amat nyata dan bertujuan melakukan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak tenteram serta ketegangan di kalangan orang Melayu sesama sendiri. Apabila tercetusnya pertelingkahan dan pihak berkuasa khususnya polis mengambil tindakan undang-undang, mereka akan menjadikannya sebagai modal politik untuk menghasut rakyat dengan dakwaan bahawa kerajaan menyalahgunakan kuasa.

Wednesday, 7 September 2011

PR / PAS BUSUK PERUT - MAHU SABOTAJ LAWATAN PM PADA 11/9/2011 DI GUAR PERAHU

Telah terkesan penyebaran SMS di kalangan JKKKN/JDM/UPU/MTD, Pengarah Parlimen/DUN, AMK, Pemuda PAS dan ahli-ahli Pakatan Rakyat untuk memasang bendera PKR, PAS dan DAP serentak pada 10/9/2011 (sabtu malam) di laluan daripada DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti untuk "menyambut"  rombongan YAB PM ke SMK Guar Perahu, Permatang Pauh. SMS yang disebarkan berbunyi seperti berikut : -

"…Slm mohon JKKK/JDM/UPU/MTD, Pengarah PAR/DUN/AMK/Pemuda PAS ahli PR utk tindakan pemasangan bendera parti Keadilan/PAS/DAP sarentak 10hb (sabtu mlm)  di laluan drp DUN Sbrg Jaya /Pmtg Pasir/Penanti utk menyambut rombongan “be end” (bn) ka open house kebangsaan di sek men Guar Perahu 11hb (ahad). tk. lawan tetap lawan, takbir ! cc DSAI/DSWA/ Dt Mansor/Dt Salleh Man…"

Selain itu, pada 11/9/11 jam 2 hingga 5 petang, bertempat di Markas PKR Sungai Semambu pula  Wanita PKR Permatang Pauh akan menganjurkan majlis jamuan Hari Raya untuk 3,000 orang dan akan turut dihadiri oleh Dato'  Dr Mansor Osman, Tim. KM I P/Pinang.

Dalam pada itu, terkesan juga perancangan pihak PAS dan PKR Kedah untuk melakukan sabotaj ke atas Majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia yang akan dihadiri oleh YAB PM pada 11/9/2011 di Guar Perahu itu. Dalam menjayakan niat busuk mereka PAS dan PKR telah mengarahkan ahli-ahlinya untuk hadir dengan berpakaian kuning dengan membawa sepanduk dan banner. Selain itu, arahan untuk memakai baju kuning juga turut dimuatkan dalam laman twitter.

Tindakan tersebut adalah antara beberapa perancangan yang diatur oleh PR khususnya PAS dan PKR dalam usaha mereka untuk melakukan sabotaj dan mengganggu perjalanan program yang akan dihadiri oleh YAB PM di Permatang Pauh nanti. Apa yang jelas perancangan itu memperlihatkan betapa busuknya hati perut PR khusus PKR dan PAS yang selama ini mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam, tetapi sikap dan sifat mereka sebenarnya adalah sama seperti iblis laknatullah yang sentiasa engkar akan perintah Allah.. Ianya juga jelas menunjukkan betapa PKR dan PAS sanggup menjadi alat dan sedia melakukan apa sahaja demi rakan kongsi mereka dalam PR iaitu DAP yang hanya berpeluk tubuh seronok menyaksikan Melayu PKR serta PAS yang buta perut dan hati menjayakan agenda mereka (DAP) untuk merampas bumi bertuah milik Melayu ini..

Tok Jeng – Cina Guan Eng, Kit Siang lebih bijak berpolitik daripada Melayu Al-Juburi dan Mat Sabu (Sapu).

Saturday, 3 September 2011

KESERONOKAN BERAKHIR DENGAN NAHAS


Keberanian yang sia-sia

BUTTERWORTH 4 Sept 2011 – Kehebatan seorang Mat Rempit di jalanraya berakhir apabila dia menemui nahas. Dalam kejadian pada jam 1.50 pagi di Jalan Butterworth-Kepala Batas, Bagan Lebai Tahir berhampiran dengan Kuaters TUDM itu, remaja Melayu berusia pertangahan 20an itu kecundang apabila motosikal yang dinaiki hilang kawalan setelah dipandu terlalu lalu laju sehingga terbabas. Pemuda berkenaan bernasib baik dan hanya pengsan di tempat kejadian kira-kira 10 minit dan kemudiannya dibawa ke hospital oleh ambulan yang tiba pada jam 2.05 pagi.

Bernasib baik kerana masih boleh bernafas

Ini adalah di antara kes-kes kemalangan jalanraya yang melibatkan Mat Rempit yang sebahagian besarnya terdiri daripada kalangan remaja Melayu. Apa yang jelas dalam kes-kes kemalangan seumpama ini, ianya bukanlah kemalangan dalam erti kata sebenar tetapi merupakan “malang” yang sengaja dicari. Walaupun saban hari kita disajikan dengan kes-kes kemalangan yang dahsyat dan mengerikan, namun ianya tidak sedikit pun menjadi ikhtibar mahupun pengajaran kepada golongan remaja kita. Pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya pengguna jalanraya, tetapi kes-kes kemalangan jalanraya khususnya melibatkan penunggang motosikal terus meningkat.

Friday, 26 August 2011

DAP : Anwar liabiliti kepada DAP dan PR


Dalam satu pertemuan di antara 12 orang pemimpin DAP dengan Peguam Amrit Singh (rakan karib Anwar Ibrahim) 2 hari lalu di satu majlis makan malam di London, pemimpin DAP terlibat menyatakan bahawa semasa Anwar berada di kandang tertuduh telah tidak menjawab pertuduhan ke atas dirinya dalam kes liwat yang sedang dihadapi. Justeru itu, mereka menganggapnya sebagai bersalah. Dalam hal itu, pemimpin DAP terbabit menyifatkan Anwar sebagai liabiliti kepada DAP dan Pakatan Rakyat.



Kalaulah DAP sudah beranggapan Anwar sebagai liabiliti, tak tahu pula bagaimana dengan PAS... Atau pun PAS sedang dok belek kitab, hadith dan firman untuk mencari nas-nas atau potongan ayat yang boleh menghalalkan perbuatan Anwar tu...



Tok Jen - Cuba cari nas-nas dan dalil seumpamanya tapi takda dalam mana-mana kitab, hadith atau firman. Allah SWT saja maha mengetahui..

Sunday, 14 August 2011

LIM GUAN ENG BERAT SEBELAH – PENIAGA BERANG


Nibong Tebal : 14 Ogos 2011 – Kelmarin (12 Ogos 2011) seramai 30 orang peniaga Bazaar Ramadhan berang dan berhimpun dalam satu demonstrasi bagi membantah tindakan “doudble standard” Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP / Lim Guan Eng. Ianya berikutan tindakan MPSP yang sehari sebelumnya telah mengeluarkan saman ke atas para peniaga terbabit kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lessen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Semasa perhimpunan itu, para peniaga terbabit turut mempamirkan beberapa poster dan plakad bagi menunjukkan rasa tidak puashati di atas layanan tidak adil dan kezaliman pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.

Sebahagian daripada peniaga turut mempamirkan
surat saman yang dikeluarkan oleh pihak MPSP

Surat saman yang dikeluarkan oleh pihak
MPSP pada 11 Ogos 2011 kepada peniaga

Rasa tidak puashati para peniaga terlibat bukan sahaja berunca daripada tindakan pihak MPSP mengeluarkan saman terhadap mereka tetapi ianya lebih merupakan bantahan terhadap layan tidak adil pihak kerajaan negeri terhadap golongan peniaga Melayu di negeri ini. Para peniaga terlibat, seperti tahun-tahun sebelumnya sejak awal-awal lagi telah memohon untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan perniagaan di bulan Ramadhan. Bagaimanapun permohonan mereka telah ditolak tanpa sebarang alasan. Layanan tidak adil itu lebih ketara bilamana terdapat 5 buah gerai yang beroperasi di tepi jalan yang ternyata menganggu lalulintas tetapi diberi lesen oleh PBT berkenaan.


Para peniaga yang tidak puashati
terhadap Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang

Adapun tindakan yang diambil oleh PBT berkenaan terhadap peniaga terbabit adalah ekoran arahan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri setelah mendapat aduan melalui telefon daripada Pengerusi JKKKN Sungai Chenaam. Tindakan itu secara tidak langsung memperlihatkan corak dan gaya pentadbiran DAP khususnya Lim Guan Eng yang berat sebelah dan lebih mengutamakan kelompok yang menyokongnya saja di samping tersembunyi agenda untuk menyingkirkan golongan peniaga Melayu. Ini bukan kali pertama Kerajaan Negeri pimpinan Guan Eng ini bertindak secara tidak adil terhadap peniaga Melayu, malahan beberapa kali sebelum ini turut diambil terhadap golongan peniaga Melayu lainnya. Contoh paling klasik adalah perobohan Café Doremi dan gerai-gerai peniaga Melayu di Taman Pelangi, Perai tidak berapa lama dahulu.

Dalam hal ini kita percaya, PAS khusunya Mat Sabu akan mencari akta yang sesuai untuk membela DAP khususnya Lim Guan Eng. Kalau tiada sebarang akta sedemikian, PAS akan mencadangkan digubal satu undang-undang kecil bagi menghalalkan tindakan DAP terhadap peniaga-peniaga kecil Melayu.