BERSIH 3.0 CUBA SEBAR KRISTIAN
DI KALANGAN MELAYU ISLAM
UMAT MELAYU ISLAM yang merasakan diri mereka di landasan betul untuk berdiri bersama-sama memperjuangkan tuntutan BERSIH 3.0 yang merancang mengadakan satu lagi perhimpunan besar-besaran yang dinamakan “DUDUK BANTAH” secara serentak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain di seluruh negara pada 28 April 2012 depan seharusnya membuka “mata hati” agar tidak terpedaya dan terus diperalatkan oleh anasir-anasir jahat yang mahu meruntuhkan keharmonian, keamanan serta kemakmuran negara ini dengan mengambil ilham apa yang berlaku di beberapa negara Asia Barat.
Dalam perkembangan terbaru, BERSIH 3.0 telah menggunakan logo yang mana kalau dilihat secara sepintas lalu tiada salahnya tentang logo tersebut. Ini adalah kerana ianya hanyalah lambang “mahkota” semata-mata. Tetapi kalau diamati secara teliti logo baru yang digunapakai pihak BERSIH 3.0 kali ini selain mengetengahkan moto dalam Bahasa Inggeris berbunyi “KEEP CALM AND SUPPORT BERSIH”, ianya turut menggunapakai lambang “mahkota” yang ada “salib” dan membawa maksud Kristianisasi.
Ini bermakna sekiranya umat Melayu Islam menyokong BERSIH 3.0 samalah ertinya mereka menyokong Kristianisasi. Jelas sekali kalangan penggerak utama BERSIH 3.0 dengan SECARA HALUS turut menggerakkan misi mereka menyebarkan Kristian di kalangan umat Melayu Islam.
Barang diingat, kalangan penggerak utama BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 adalah muka-muka sama yang terdiri dari kalangan bukan Islam manakala pemimpin dan penyokong Melayu Islam hanyalah alat mereka untuk menjayakan agenda jahat serampang dua mata mewujudkan kacau bilau bagi meruntuhkan kerajaan dan negara serta menyebarluas Kristianisasi di kalangan umat Melayu Islam… Nauzubillah…
melayu Islam kena sedar.... tq
ReplyDeleteAlhamdulillah.....suatu pendedahan yg bermakna, kalau umat Islam masih tak nak buka matahati utk menerima kebenaran berhubung BERSIH 3.0 entahlah apa nak jd pada peserta2 perhimpunan HKR itu...
ReplyDelete