Thursday 5 January 2012

Wednesday 4 January 2012

ISLAM TERUS DIHINA

SLIP KEPUTUSAN JUDI EKOR MENGGUNAKAN BAHAGIAN
BELAKANG KERTAS YANG TERTULIS AYAT SUCI AL-QURAN


Satu penghinaan lagi serius terhadap agama Islam dikesan berlaku di Pulalu Pinang Pinang. Kali ini seorang lelaki bangsa Cina dikesan menjual slip keputusan perjudian nombor ekor atau lebih dikenali sebagai “mapiau” seperti Magnum, Toto, Damacai dan Singapore 4D di mana di belakang kertas slip keputusan judi 4 nombor ekor itu tertulis dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang menggabungkan Surah As-Sajjadah dan Surah Al-Mulk. Kejadian itu dikesan berlaku Ahad lalu di Pekan Kongsi, Balik Pulau.

Mungkin sesetengah pihak melihat perkara ini sebagai suatu yang remeh. Samada perbuatan itu disengajakan atau sebaliknya, apa yang jelas ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam. Persoalannya, mengapakan penghinaan demi penghinaan terus dilakukan ke atas agama Islam di negara. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa punca kepada segala ini adalah kelemahan umat Islam sendiri yang berpecah-belah. Kaum lain boleh bersatu atas nama bangsa. Orang Melayu yang kesemuanya beragama Islam bukan saja tidak boleh bersatu atas nama bangsa tetapi atas nama akidah Islam juga tidak boleh bersatu kerana lebih mengutamakan pegangan politik daripada akidah.

Terlalu banyak peristiwa yang menyentuh sensitiviti agama dan umat Islam berlaku sejak akhir-akhir ini dan terlalu banyak juga persoalan ini diperkatakan. Isu penggunaan kalimah Allah, Islam sebagai agama mempromosikan terrorisme, gerakan terancang memesongkan akidah serta memurtadkan umat Islam, Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, upacara agama Kristian di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang disertaikan oleh sekumpulan orang-orang Melayu Islam dengan matlamat memurtadkan mereka, program indoktrinasi agama Kristian ke atas pelajar Melayu Islam di sebuah pusat tusyen di Jalan Klang Lama dan banyak lagi peristiwa yang berlaku kebelakangan ini dilihat tidak sedikit pun mengusik hati nurani umat Islam di negara ini apatah lagi untuk bangkit secara menyeluruh membantah peristiwa-peristiwa tersebut demi mempertahankan akidah Islam. Dalam hal ini, ianya adalah disebabkan tahap kesedaran di kalangan orang Melayu Islam di negara ini masih terlalu rendah di samping tiada “sense of belonging” dalam diri masing-masing dan juga terhadap agama. Justeru itu, amat sukarlah bagi umat Islam untuk bersatu atas nama mempertahankan akidah yang semakin terancam dan diancam. Musuh-musuh Islam sememangnya suka umat Islam berpecah-belah kerana ianya memudahkan agenda mereka menghancurkan Islam.


Tok Jen - Jangan sampai jadi seperti sebilangan umat Islam di Bosnia yang
hanya menganuti Islam secara tradisi.