Saturday, 7 April 2012

BERSIH 3.0 CUBA SEBAR KRISTIAN
DI KALANGAN MELAYU ISLAM

UMAT MELAYU ISLAM yang merasakan diri mereka di landasan betul untuk berdiri bersama-sama memperjuangkan tuntutan BERSIH 3.0 yang merancang mengadakan satu lagi perhimpunan besar-besaran yang dinamakan “DUDUK BANTAH” secara serentak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain di seluruh negara pada 28 April 2012 depan seharusnya membuka “mata hati” agar tidak terpedaya dan terus diperalatkan oleh anasir-anasir jahat yang mahu meruntuhkan keharmonian, keamanan serta kemakmuran negara ini dengan mengambil ilham apa yang berlaku di beberapa negara Asia Barat.

Dalam perkembangan terbaru, BERSIH 3.0 telah menggunakan logo yang mana kalau dilihat secara sepintas lalu tiada salahnya tentang logo tersebut. Ini adalah kerana ianya hanyalah lambang “mahkota” semata-mata. Tetapi kalau diamati secara teliti logo baru yang digunapakai pihak BERSIH 3.0 kali ini selain mengetengahkan moto dalam Bahasa Inggeris berbunyi “KEEP CALM AND SUPPORT BERSIH”, ianya turut menggunapakai lambang “mahkota” yang ada “salib” dan membawa maksud Kristianisasi.

Ini bermakna sekiranya umat Melayu Islam menyokong BERSIH 3.0 samalah ertinya mereka menyokong Kristianisasi. Jelas sekali kalangan penggerak utama BERSIH 3.0 dengan SECARA HALUS turut menggerakkan misi mereka menyebarkan Kristian di kalangan umat Melayu Islam.

Barang diingat, kalangan penggerak utama BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 adalah muka-muka sama yang terdiri dari kalangan bukan Islam manakala pemimpin dan penyokong Melayu Islam hanyalah alat mereka untuk menjayakan agenda jahat serampang dua mata mewujudkan kacau bilau bagi meruntuhkan kerajaan dan negara serta menyebarluas Kristianisasi di kalangan umat Melayu Islam… Nauzubillah…

Thursday, 5 January 2012

HIMPUNAN 901 UNTUK SIAPA ??

ANWAR PERALATKAN RAKYAT LAGI
UNTUK HALALKAN KEGIATAN SONGSANGNYA

Wednesday, 4 January 2012

ISLAM TERUS DIHINA

SLIP KEPUTUSAN JUDI EKOR MENGGUNAKAN BAHAGIAN
BELAKANG KERTAS YANG TERTULIS AYAT SUCI AL-QURAN


Satu penghinaan lagi serius terhadap agama Islam dikesan berlaku di Pulalu Pinang Pinang. Kali ini seorang lelaki bangsa Cina dikesan menjual slip keputusan perjudian nombor ekor atau lebih dikenali sebagai “mapiau” seperti Magnum, Toto, Damacai dan Singapore 4D di mana di belakang kertas slip keputusan judi 4 nombor ekor itu tertulis dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang menggabungkan Surah As-Sajjadah dan Surah Al-Mulk. Kejadian itu dikesan berlaku Ahad lalu di Pekan Kongsi, Balik Pulau.

Mungkin sesetengah pihak melihat perkara ini sebagai suatu yang remeh. Samada perbuatan itu disengajakan atau sebaliknya, apa yang jelas ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam. Persoalannya, mengapakan penghinaan demi penghinaan terus dilakukan ke atas agama Islam di negara. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa punca kepada segala ini adalah kelemahan umat Islam sendiri yang berpecah-belah. Kaum lain boleh bersatu atas nama bangsa. Orang Melayu yang kesemuanya beragama Islam bukan saja tidak boleh bersatu atas nama bangsa tetapi atas nama akidah Islam juga tidak boleh bersatu kerana lebih mengutamakan pegangan politik daripada akidah.

Terlalu banyak peristiwa yang menyentuh sensitiviti agama dan umat Islam berlaku sejak akhir-akhir ini dan terlalu banyak juga persoalan ini diperkatakan. Isu penggunaan kalimah Allah, Islam sebagai agama mempromosikan terrorisme, gerakan terancang memesongkan akidah serta memurtadkan umat Islam, Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, upacara agama Kristian di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang disertaikan oleh sekumpulan orang-orang Melayu Islam dengan matlamat memurtadkan mereka, program indoktrinasi agama Kristian ke atas pelajar Melayu Islam di sebuah pusat tusyen di Jalan Klang Lama dan banyak lagi peristiwa yang berlaku kebelakangan ini dilihat tidak sedikit pun mengusik hati nurani umat Islam di negara ini apatah lagi untuk bangkit secara menyeluruh membantah peristiwa-peristiwa tersebut demi mempertahankan akidah Islam. Dalam hal ini, ianya adalah disebabkan tahap kesedaran di kalangan orang Melayu Islam di negara ini masih terlalu rendah di samping tiada “sense of belonging” dalam diri masing-masing dan juga terhadap agama. Justeru itu, amat sukarlah bagi umat Islam untuk bersatu atas nama mempertahankan akidah yang semakin terancam dan diancam. Musuh-musuh Islam sememangnya suka umat Islam berpecah-belah kerana ianya memudahkan agenda mereka menghancurkan Islam.


Tok Jen - Jangan sampai jadi seperti sebilangan umat Islam di Bosnia yang
hanya menganuti Islam secara tradisi.

Monday, 19 December 2011

AKIDAH UMAT ISLAM DIANCAM DAN DIANCAM

RISALAH KRISTIAN TERUS DISEBAR DI KALANGAN UMAT ISLAM


Akidah umat Islam terus menerus diancam oleh golongan yang mahu menghancur serta melenyapkan Islam di muka bumi ini dengan pelbagai cara dan taktik. Terbaru, kelmarin seorang lelaki kulit putih dipercayai berbangsa Inggeris telah dikesan menyebarkan risalah agama Kristian kepada beberapa remaja Melayu Islam di kawasan Rumah Pangsa Sri Bagan, Bagan Dalam, Butterworth. Perbuatan lelaki asing itu disedari oleh seorang penduduk rumah pangsa tersebut yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada berkuasa. Menyedari tingkahlakunya diperhatikan, lelaki warga asing itu kemudiannya telah menghilangkan diri.

Walaupun risalah bertajuk "WHAT SOME PEOPLE GET HIGH ON" yang diedarkan itu hanya mengandungi ayat-ayat suci agama Kristian dan tiada unsur-unsur hasutan atau menghina agama Islam, tetapi apa yang dikhuatiri kandungannya berkemungkinan bertujuan untuk menarik perhatian golongan remaja Melayu Islam terutama mereka yang masih longgar pegangan agama. Ianya juga dilihat sebagai di antara strategi yang pelbagai yang digunakan dalam gerakan tersusun serta terancang musuh-musuh Islam untuk melumpuhkan agama Islam bukan saja di negara ini tetapi juga di seluruh dunia.

Sungguhpun satu persatu ancaman terhadap Islam yang didedahkan, tapi malangnya tahap kesedaran di kalangan umat Islam di negara ini masih rendah. Lihat saja Himpunan Sejuta Ummah di Selangor baru-baru ini, berapa kerat sahaja umat Islam yang memiliki tahap kesedaran tentang bahaya ancaman Kristian terhadap akidah Islam. Walaupun kehadiran di perhimpunan tersebut mencecah 10 ribu orang namun ianya jelas menggambarkan tahap kesedaran umat Islam yang masih rendah berhubung ancaman Kristian dan Yahudi terhadap Islam. Begitu juga dengan himpunan kedua yang serupa diadakan di Kuala Kangsar dua hari lalu hanya disertai kira-kira 3 ribu orang saja. Jelas sekali kedua-dua himpunan dengan matlamat menyelamatkan akidah umat Islam itu gagal.

Dalam pada itu, kalangan pemimpin dalam kerajaan juga dilihat acuh tak acuh saja dalam menangani isu ini. Ada sesetengahnya pemimpin politik Melayu Islam pula dilihat ambil jalan selamat kerana lebih mementingkan kedudukan politik masing-masing. Dalam pada itu, ada pula pihak yang selama ini bagaikan gegak gempita melaungkan perjuangan menegakkan Islam di negara ini, tetapi apabila timbul isu Kalimah Allah diikuti pula dengan isu menjadikan Kristian agama rasmi di negara ini dengan Perdana Menteri dari kalangan Kristian dan kemudiannya pendedahan mengenai gerakan terancang memurtadkan umat Islam seperti yang berlaku dalam upacara agama Kristian melibatkan beberapa orang Islam di Damansara Utama Methodist Church (DUMC), kelas tusyen agama Kristian yang melibatkan kanak-kanak Melayu Islam di sebuah Pusat Tusyen di Jalan Klang Lama, puak-puak tersebut "menikus" mendiamkan diri seolah-olah berdepan dengan seekor kucing. Walaupun beberapa siri demonstrasi diadakan di seluruh negara bagi membantah isu-isu tersebut, namun kehadiran masyarakat Islam dalam siri-siri demonstrasi itu amat menyedihkan. Puak-puak yang selama ini mendabik dada kononnya merekalah pejuang menegakkan Islam tidak kelihatan dan tidak diketahui ke mana mereka menghilang tetapi apabila berhimpun untuk meruntuhkan negara di jalanan merekalah di barisan hadapan menentang pihak berkuasa yang menjaga keamanan dan ketenteraman awam.

Dalam menangani isu ini juga, pihak berkuasa tertentu dilihat tidak memperlihatkan kesungguhan mereka dalam menguatkuasakan tindakan berdasarkan undang-undang yang ada. Sudah sampai masa kita ketepikan soal "nak jaga hati" yang tiada penghujungnya semata-mata atas pertimbangan politik. Adakah masyarakat Islam saja yang perlu menjaga hati kalangan bukan Islam sedangkan golongan tersebut selama ini tidak pernah peduli untuk ambil hati atau menjaga hati masyarakat Melayu Islam di negara ini? Malahan kini akidah umat Islam pula diancam secara berterusan melalui gerakan terancang rapi dalam usaha mereka menghancur serta melenyapkan Islam.

Tok Jeng - KDN dan agensi-agensi terlibat perlu tegas dalam hal ini. Jangan sekadar keluar kenyataan demi kenyataan tetapi tiada tindakan berkesan diambil.

Saturday, 26 November 2011

JUDI : LAGI BANTAHAN GUAN ENG GAGAL MAIN PERANAN

PULAU PINANG “MINI LAS VEGAS” - DIN MAMI

Pulau Pinang kini boleh dianggap sebagai “Mini Las Vegas”. Begitulah ungkapan yang diberikan oleh Sabaruddin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Din Mami bagi menggambarkan Negeri Pulau Pinang yang dipenuhi dengan pusat-pusat perjudian mesin kuda komputer dan Internet Café. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Gabungan Islam Amal (PERTIGA) berkata demikian dalam satu sidang media di Persiaran Bayan Mutiara, Pantai Jerjak, Pulau Pinang semalam yang disertai kira-kira 200 orang ahli PERTIGA bagi membantah kegiatan perjudian yang semakin berleluasa di negeri ini.


Menurutnya, Pulau Pinang kini telah bertukar menjadi “Mini Las Vegas” ekoran tumbuhnya pusat-pusat perjudian tersebut yang semakin ketara sehingga mendatangkan masalah kepada masyarakat. Akibat dari kegiatan itu juga, ianya turut menyumbang masalah kepada masyarakat seperti kes bunuh diri, pergaduhan serta masalah rumahtangga khususnya ke atas mereka yang terjebak dalam gejala perjudian itu selain kes-kes samun dan lain-lain gejala tidak sihat. Beliau turut mendedahkan, pihaknya telah mengesan terdapat lebih 300 premis yang mengendalikan kegiatan perjudian mesin kuda komputer dan Internet Café di Pulau Pinang sambil menunjukkan gambar-gambar premis perjudian tersebut.

Sungguhpun pihak polis telah bekerja keras menjalankan operasi membenteras kegiatan perjudian tersebut, namun begitu kegiatan haram itu tidak akan dapat dihapuskan selagi premis-premis terlibat tidak dikenakan tindakan, katanya. Namun dalam hal itu juga, Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng langsung tidak memainkan peranan mereka malah membiarkan premis-premis perjudian itu terus beroperasi. Ini adalah kerana apa jua kegiatan yang dijalankan di mana-mana premis, ianya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kerajaan Negeri pimpinan Guan Eng sepatutnya boleh bertindak dengan menyita premis-premis itu tetapi ianya tidak dilakukan. Menurutnya lagi, apa yang dikesalkan walaupun pihaknya telah beberapa kali ingin mengadakan pertemuan dengan Guan Eng bagi membincangkan perkara tersebut yang boleh memberi kesan negatif kepada golongan remaja, namun hasrat mereka tidak dilayan malah ditolak sama sekali oleh Guan Eng.

Umum sememangnya mengetahui bahawa judi adalah salah satu wabak yang boleh meruntuhkan sistem masyarakat. Seorang ahli PERTIGA yang ditemui mendedahkan terdapat satu kes di Pulau Pinang di mana seorang lelaki Melayu mengambil tindakan membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang ekoran tidak dapat menanggung bebanan hutang yang dengan sindiket “Ah Long” kerana kegiatan judi yang serius. Dalam satu kes terbaru di Pulau Pinang juga, seorang lelaki Melayu, untuk mengelak perbuatan buruknya berjudi diketahui oleh isteri, dikatakan telah membuat laporan polis palsu bahawa dirinya telah disamun setelah semua wang gaji yang diterima dihabiskan di pusat perjudian mesin kuda komputer. Inilah di antara kesan negatif dalam masyarakat akibat berjudi. Bagi sindiket yang mengendalikan operasi perjudian pula, keuntungan adalah matlamat utama mereka manakala soal akibat serta kesannya terhadap masyarakat, itu mereka tak peduli.

Tok Jen - Berjudi bukan budaya Melayu

Wednesday, 2 November 2011

MANIFESTASI KEMARAHAN RAKYAT TERHADAP GUAN ENG

Melayu Pulau Pinang terus marah kepada Guan Eng dan Kerajaan DAP pimpinannya. Kemarahan yang tiada titiknya itu jelas dizahirkan melalui contengan yang dikesan pada dinding sebuah premis yang terletak berdekatan dengan Jejantas Jalan Penang-Jalan Burma manakala satu lagi contengan pada dinding pagar sebuah lagi premis di Jalan Transfer di George Town.

"GUAN ENG TIPU MELAYU", begitulah perkataan yang dicontengkan di kedua-dua tempat tersebut. Walaupun sejak mengambilalih kuasa di Pulau Pinang, Guan Eng dan DAPnya telah memperkenalkan slogan C.A.T (Competency, Accountability and Transparency) namun nyata sekali ianya hanya slogan semata-mata. Apa yang jelas Guan Eng dan DAPnya tidak sedikit pun menunjukkan sikap akauntibiliti tetapi yang ketara hanyalah kerakusan semata-mata. Tanah-tanah tempat orang-orang Melayu berteduh sejak beratus dan berpuluhan tahun lamanya dirampas atas nama pembangunan. Melayu dihalau secara halus dari kampung halaman mereka. Kampong Pokok Assam, Kampong Jelutong, Kampung Genting adalah di antara kampung yang menjadi sasaran kerana kampung-kampung berkenaan diibaratkan lombong emas untuk dibahagi-bahagikan bagi mengisi tembolok besar para kroni Guan Eng. Lebih jauh dari itu, tanah wakaf untuk perkuburan orang Islam juga dirampas.

Inilah yang mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu Pulau Pinang. Janji pilihanraya lepas…jangan haraplah... Tol Sungai Nyior di Butterworth sehingga kini masih gah berdiri walaupun Guan Eng pernah berjanji akan menghapuskan Plaza Tol berkenaan apabila PR memerintah. Kini Guan Eng hanya bermegah dengan bantuan wang RM100 untuk warga emas, RM1000 untuk khairat kematian. Ahh...itu hanyalah rasuah politik untuk menarik sokongan rakyat semata-mata.

LAGI BANTAHAN TERHADAP GUAN ENG, DAP


Melayu Pulau Pinang terus marah kepada Guan Eng dan Kerajaan DAP pimpinannya. Kemarahan yang dilihat sebagai tiada titiknya itu jelas dizahirkan melalui contengan yang dikesan pada dinding 2 buah premisyang terletak berdekatan dengan Jejantas Jalan Penang-Jalan Burma dan satu lagi contengan pada dinding pagar sebuah premis di Jalan Transfer di George Town. "GUAN ENG TIPU MELAYU", begitulah perkataan yang diconteng di kedua-dua tempat tersebut.

Walaupun sejak mengambilalih kuasa di Pulau Pinang, Guan Eng dan DAPnya telah memperkenal serta mempromosikan dasar CATnya yang bermaksud "Competency, Accountability and Transparency" dan dijaja ke sana ke mari. Namun ianya hanya slogan semata-mata kerana apa yang lihat samada Guan Eng mahupun DAP tidak kompeten pun apatah lagi telus atau berkewibawaan! Apa yang ketara pada kacamata umum adalah kerakusan Guan Eng dan DAPnya merampas sesuatu yang bukan hak milik mereka semata-mata untuk mengisi tembolok besar para kroninya yang sudah sekian lama menunggu giliran untuk merebut apa saja peluang yang boleh memberi keuntungan kepada mereka dan pada masa sama Guan Eng dan DAPnya boleh "tumpang sekaki". Selama ini Guan Eng dan DAPnya menuduh Kerajaan BN khususnya UMNO mengamalkan kronisme. Nah, sekarang Guan Eng dan DAPnya tidak kurang hebatnya turut menerap serta membudayakan kronisme!!

Tanah-tanah tempat orang Melayu berteduh sejak ratusan dan puluhan tahun dirampas atas nama pembangunan. Melayu dihalau keluar dari kampong halaman mereka. Kampong Pokok Assam, Kampong Jelutong, Kampong Mukim 9 Telok Kumbar, Kampong Permatang Damar Laut, Kampong Genting Balik Pulau dan Kampong Sungai Nibong Besar adalah antara kampong-kampong yang didiami hampir 97% orang Melayu. Kenapa kampong-kampong berkenaan menjadi sasaran? Jawapannya mudah, kesemua tanah di kampong-kampong itu adalah bagaikan lombong emas dan boleh memberi keuntungan besar kepada kroni Guan Eng dan DAP. Tidak cukup dengan itu, tanah wakaf rezab perkuburan Islam juga turut menjadi sasaran mereka.

Inilah punca kemarahan berterusan orang-orang Melayu Pulau Pinang terhadap Guan Eng yang secara jelas mempamirkan sikap rasisnya. Janji pilihanraya lepas, jangan haraplah!! Tol Sungai Nyior di Butterworth sehingga kini masih gah berdiri!! Guan Eng pernah berjanji akan memansuhkan tol berkenaan jika PR memerintah!!! Apa sudah jadi? Dah hampir 4 tahun berkuasa di Pulau Pinang, tetapi rakyat setiap hari terpaksa berbelanja lebih untuk bayaran tol tersebut.