Tuesday 15 January 2013

ADUN PULAU TIKUS ISTIHAR DIRI ADUN BEBAS

George Town, Pulau Pinang 14 Jan 2013 - Koay Teng Hai, ADUN DAP bagi kawasan Pulau Tikus dalam satu sidang akhbarnya sebentar tadi mengumumkan dirinya kini sebagai ADUN BEBAS.
Apa yang diketahui pengumuman itu dibuat di Pusat Khidmatnya dan berdasarkan sumber yang layak dipercayai tindakan wakil rakyat DAP itu adalah berpunca daripada keputusan Jawatankuasa Disiplin DAP Pusat pada 11 Januari 2013 lalu bahawa beliau tidak lagi menjadi ahli DAP serta tidak dibenarkan menggunakan apa saja logo atau lambang DAP dalam apa jua aktiviti yang dijalankannya. Beliau diketahui telah mengemukakan rayuan 14 hari daripada tarikh hukuman kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP bagi menghalang keputusan jawatankuasa disiplin itu. Punca sebenar kenapa ADUN Pulau Tikus itu dilucutkan keahlian adalah ekoran ingkar arahan parti supaya menghadiri sidang DUN Pulau Pinang pada 1 November 2012 lalu. Perkembangan terbaru dalam DAP ini amat menarik dan secara tidak langsung memperlihatkan parti itu terus dilanda masalah dan kontroversi. Inilah cara atau corak pentadbiran DAP dan bagaimanalah nanti apabila berkuasa dan memerintah negara ?

No comments:

Post a Comment