Tuesday 15 January 2013

SIAPA ZAIRIL KHIR JOHARI ??

Ramai yang tertanya-tanya siapa Zairil Khir Johari ini sebenarnya. Adakah budak suruhan Guan Eng ini anak kandung Allahyarham Tan Sri Khir Johari, bekas Menteri Pelajaran yang juga di antara pemimpin Melayu yang turut bersama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra berperanan dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dulu? Dari mana datangnya budak ni, tiba-tiba muncul je setelah DAP berkuasa di Pulau Pinang? Betul ke budak ni anak jati Melayu? Tapi dari segi rupa paras taklah nampak macam Melayu. Inilah di antara persoalan yang berligar dan seringkali jadi bahan bualan umum di Pulau Pinang khususnya apabila memperkatakan tentang orang kepercayaan "Tokong Guan" itu.
Persoalan tentang identiti sebenar budak Zairil Khir Johari ini menjadi lebih menarik apabila secara tiba-tiba namanya diumumkan sebagai satu-satunya calon "Melayu" yang memenangi kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP setelah pengiraan semula keputusan pemilihan dibuat ekoran bantahan sebahagian ahli DAP yang mempersoalkan kesahihan pemilihan DAP baru-baru ini dan juga statusnya sebagai sebuah parti pelbagai kaum bilamana tiada seorang pun calon Melayu yang mendapat laluan menduduki kerusi CEC. Fakta di bawah ini jelas menunjukkan kepada umum identiti serta status sebenar rupabangsa Zairil Khir Johari yang didakwa sebagai "Melayu" itu.
Ini dengan sendiri memperlihatkan DAP bukanlah parti pelbagai kaum seperti yang digembar-gemburkan oleh Tokong Guan. Bermakna juga tiada tempat dan tidak akan ada tempat untuk Melayu dalam DAP yang dikuasai oleh Dinasti Lim.

No comments:

Post a Comment