Saturday 5 January 2013

UNDI PAS BOLEH JEJAKI LAILATUL QADAR ??

PAS semakin sesat dan menyesatkan !! Mungkin ada yang akan menuduh Tok yang sesat dan sengaja membuat fitnah. Di sini Tok akan buktikan bahawa sememangnya PAS semakin sesat dan menyesatkan. Ini semua semata-mata untuk kepentingan politik serta bagi meraih sokongan rakyat terhadap perjuangan songsang yang dibawa oleh segelintir pemimpinnya yang gila dan mabuk kuasa !!
Sebelum ini kalangan “ulama songsang” dalam PAS memfatwakan bahawa sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga. Astafirullahal’azim… Sebenarnya fatwa ini bukanlah perkara baru sepertimana fatwa mereka mengkafirkan sesama Islam. Fatwa “undi PAS masuk syurga” ini sebenarnya telah berlaku sejak lebih 20 tahun dahulu iaitu sekitar tahun 1980an lagi.
Terbaru, PAS secara halus sedang mempengaruhi minda bukan sahaja di kalangan ahli, penyokong serta pendokongnya tetapi juga cuba memesongkan akidah di kalangan umat Islam dengan ajaran barunya, “UNDI PAS DAN JEJAKI LAILATUL QADAR!!”.
Ini terbukti melalui pemasangan sebidang banner pada dinding pagar Pusat Kesihatan Kota Raja Jembal, Kota Bharu yang terletak di Jalan Sultan Omar, Kota Raja Jembal (dahulunya lebih dikenali sebagai Pulau Melaka), Kota Bharu dan dikesan pada 24 Ogos 2012 jam 12.03 tengahari. Berdasarkan catatan pada banner berkenaan, ianya disediakan oleh pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.
PAS kini telah jauh terpesong dari matlamat asalnya. PAS sanggup berbuat apa saja bagi mengekal serta mempertahankan kuasanya di Kelantan. PAS tidak peduli masyarakat Islam berpecah-belah. PAS tidak ambil pusing kalau pengikut taksub dan tegarnya terpesong akidah mereka disebabkan fatwa-fatwa songsang dan menyesatkan seperti ini. Bagi PAS itu adalah yang sebaik-baiknya. Kuasa politik perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Biarkan masyarakat Islam bertelagah sesama sendiri itu bukan urusan mereka. Sejak bersekongkol dengan DAP, matlamat utama adalah ke Putrajaya.
Kesimpulan PAS kini telah bertukar wajah menjadi gerombolan pembawa ajaran songsang yang boleh menyesatkan dan memesongkan akidah umat Islam. Justeru itu, masyarakat Islam di negara ini perlu sedar dan insaf di samping menilai kembali - apakah PAS benar-benar mahukan Islam atau hanya mahukan kuasa politik !! Pihak berkuasa agama khususnya JAKIM pula perlu melihat perkara ini secara teliti dan menyiasat agar tindakan boleh diambil ke atas individu-individu perosak masyarakat dan akidah yang terdapat dalam PAS. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment