Saturday 12 January 2013

LAYAKKAH MEREKA MEMERINTAH NEGARA?

SEAGAMA tapi berbeza kiblat!! Lihatlah betapa kelirunya puak-puak penyokong Al-Jubri ini !! Bukan saja keliru malahan masing-masing punya arah kiblat tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Dahlah gitu, nak menentukan imam pun tidak sepakat dan bersatu hati. Agaknyalah, mungkin masing-masing berpendapat arah kiblat mereka adalah betul berbanding dengan yang lain.
Bagaimanalah nanti jika puak-puak ni mentadbir dan memerintah negara? Mau kucar-kacir negara dan kerajaan gamaknya dibuat oleh golongan yang keliru ini dan menganggapkan hanya kelompok mereka saja yang betul.. Layakkah mereka ni mentadbir dan memerintah negara sedangkan mereka sendiri pun tak bersatu dalam menentukan arah kiblat iaitu persoalan yang tidak kurang pentingnya bagi umat Islam? Layakkah mereka mentadbir dan memerintah negara sedangkan dalam soal menentukan seorang imam untuk solat di tempat awam dengan kehadiran yang begitu ramai mereka tak boleh buat keputusan dan tidak ada kesepakatan? Wallahulam...

No comments:

Post a Comment