Sunday 27 January 2013

AGENDA YAHUDI HINA DAN SAMAKAN ISLAM DENGAN AGAMA LAIN

George Town, 27 Jan 2013 - Sekumpulan 20 orang terdiri daripada ahli SUARAM, ALIRAN dan Citizen For Independent Journalism (CIJ) berhimpun di sebuah taman permainan di Padang Kota Lama dekat sini dalam satu sesi yang dinamakan “Holy Book Reading”.
Sesi yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri oleh beberapa personaliti NGO seperti Melanie Yong, bekas Penyelaras SUARAM Pulau Pinang, Soh Sook Hwa, aktivitis SUARAM. Seah Ho, Penyelaras SUARAM Pulau Pinang, Anil Netto, Bendehari ALIRAN yang juga merupakan salah seorang penulis Herald-The Catholic Weekly. Turut kelihatan ialah seorang pelakon yang juga aktivis teater, Mislina Mustafa selain dari seorang wanita Jerman dan seorang wanita Cina mualaf.
Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, kumpulan ini turut menyentuh kononnya perkataan “Allah” telah digunakan sebelum wujudnya agama Islam di dunia ini. Mereka juga mengatakan bahawa pelaksanaan negara Islam adalah tidak elok untuk umat Islam di negara ini manakala hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana faktor penduduk yang berbilang kaum.
Isu bible versi Bahasa Melayu juga turut disentuh di mana mereka secara berlapik mempertikaikan kenyataan seorang pemimpin Melayu yang menggesa agar bible seumpama itu dibakar.
Ketika sesi itu berlangsung, kumpulan itu turut mempamirkan beberapa plakad / risalah yang tercatat dengan perkataan, "Read it, not burn it!! We respect othet religion!!", "Tolerance and respect other are the basics of peace" dan "Holy is full of holes".
Apa yang menarik, aktiviti anjuran CIJ dengan kerjasama Penang Office Of Human Development (POHD) dan SUARAM Pulau Pinang melibatkan penganut Islam, Kristian, Hindu dan Buddha ini, kononnya dikatakan bertujuan untuk mewujudkan persefahaman serta perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pegangan agama.
Namun begitu, berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi itu yang lebih tertumpu terhadap persoalan melibatkan agama Islam termasuk isu kalimah Allah yang didakwa telah digunakan sebelum wujudnya agama Islam di dunia, jelas memperlihatkan kumpulan berkenaan mempunyai agenda tersembunyi ke arah menyamakan agama Islam dengan agama-agama yang lain. Lebih dari itu, apa yang diketengahkan boleh mengelirukan dan diyakini mempunyai niat tertentu atau setidak-tidaknya ke arah untuk “menghalalkan” penggunaan kalimah Allah dalam bible.
Inilah di antara agenda Yahudi di seluruh dunia yang amat merbahaya dan matlamat mereka amat jelas mahu menghancurkan Islam di muka bumi ini. Sebagaimana yang diketahui umum Yahudi akan menggunakan apa saja cara untuk menjayakan agendanya termasuk menggunakan sesiapa saja samada individu mahupun pertubuhan-pertubuhan yang telah diresapi oleh anasir-anasirnya. Apa yang menarik untuk diperkatakan, siapakah dan apakah kelayakan mereka yang hadir itu untuk memperkatakan serta membicarakan hal-hal berkaitan agama Islam? Adakah Mislina Mustafa seorang yang benar-benar berpengetahuan tinggi tentang agama Islam? Mislina Mustafa misalnya, kalau dilihat dari segi penampilan diri serta caranya berpakaian... nauzubillah.. Tak payahlah nak kata "don't judge the book by it cover?" Kelompok yang beginilah yang mudah menjadi alat serta diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam!
Sudah sampai masanya umat Islam perlu bersatu. Sudah sampai masanya umat Islam perlu berdepan dengan puak-puak laknatullah ini. Ketepikan persoalan remeh temeh dan pemikiran politik sempit serta jumud. Semoga kita sentiasa diredhai serta dirahmati Allah.

No comments:

Post a Comment