Tuesday 15 January 2013

DEMONSTRASI PENYOKONG P. RAMASAMY BANTAH DAP

Bukit Mertajam 16 Jan 2013 - Tengahari ini seramai 50 orang kaum India kawasan Parlimen Batu Kawan yang juga merupakan penyokong Prof P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang telah melancarkan satu demonstrasi di Padang Awam Taman Supreme, Perai.
Demonstrasi selama lebih setengah jam itu adalah ekoran rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang dilihat sebagai tidak adil terhadap kaum India dan Melayu dalam parti itu. Semasa demonstrasi berlangsung mereka turut mempamirkan beberapa banner dan plakad bagi melahirkan rasa tidak puashati mereka terhadap kepimpinan tertinggi DAP. Seorang penyokong kuat Prof P. Ramasamy, M.V Mathiyalagan dalam kenyataannya menyifatkan DAP sebagai zalim, mengamalkan sistem kuku besi dan kuasa veto serta mengutamakan kalangan kroni puak-puak atasan. Beliau yang mewakili para penyokong Ramasamy itu menuntut agar diberi keadilan kepada Ramasamy dan mendesak agar pemilihan CEC diadakan semula.
Dalam pemilihan CEC DAP baru-baru ini hanya seorang saja calon India yang berjaya menduduki barisan tertinggi parti itu. Prof P. Ramasamy pun tidak mendapat tempat dalam pemilihan berkenaan. Bagi calon Melayu pula, kesemuanya tersungkur. Zairil Khir Johari yang tiba-tiba muncul apabila pengiraan undi dibuat semula, bukanlah "Melayu" sebenar seperti yang didakwa oleh Tokong Guan.

No comments:

Post a Comment