Thursday 24 January 2013

SIKAP TIDAK NUETRAL MAJLIS PEGUAM DIBANTAH

George Town, 23 JAN 2013 – Tengahari ini sekumpulan 80 orang ahli dan penyokong Persatuan MukaBuku Pulau Pinang telah melancarkan satu demonstrasi di hadapan Bangunan Majlis Peguam Malaysia (MPM) Pulau Pinang, No. 4, Jalan Green Hall, George Town bagi membantah sikap tidak neutral badan pengamal undang-undang itu. Ini adalah ekoran sejak akhir-akhir ini MPM dilihat lebih banyak melibatkan diri dalam politik, berat sebelah, tidak professional serta terpesong dari matlamat asal penubuhan.
Demonstrasi yang diketuai oleh pengerusi persatuan, Mohd Shahril Ismail itu terlebih dahulu telah berhimpun di Taman Rekreasi Medan Renong, Padang Kota Lama dekat sini sebelum berarak melalui Lebuh Farquhar dengan mengelilingi Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan berhenti di hadapan pintu pintu masuk utama bangunan mahkmah tersebut. Kumpulan itu kemudiannya meneruskan perarakan ke Jalan Green Hall di mana terletaknya Bangunan MPM Pulau Pinang dan berhimpun di hadapan premis berkenaan.
Sepanjang perarakan serta demonstrasi itu berlangsung, mereka telah mempamirkan beberapa banner, kain rentang serta sepandok / plakad yang secara keseluruhannya mengutuk sikap tidak neutral badan pengamal undang-undang tersebut.
Di antara yang dipaparkan pada kain rentang, banner, sepandok / plakad adalah mengutuk MPM yang disifatkan sebagai gila kuasa, tidak demokratik sehingga menyebabkan rakyat telah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap badan pengamal undang-undang itu. Sikap tidak profesional MPM juga dipersoalkan kerana tidak membela nasib rakyat yang ditipu oleh peguam-peguam tertentu dalam kes melibatkan projek-projek perumahan terbengkalai.
MPM juga dilihat sebagai telah melupai asal usul serta matlamat penubuhannya tetapi sebaliknya telah bertukar menjadi sebuah badan yang tidak telus disebabkan terlalu banyak “politiking” demi kepentingan politik individu-individu yang menerajui badan tersebut. MPM juga perlu “BERSIH”kan dirinya terlebih dahulu. Justeru itu, badan tersebut perlu kembali ke landasan asal manakala kerajaan pula didesak agar meminda “Legal Profession Act 1976” bagi mengurangkan kuasa MPM.
Tidak kurang menariknya usaha kumpulan tersebut untuk menyerahkan memorandum kepada badan itu gagal kerana pintu pagar memasuki premis badan telah ditutup oleh petugas pejabatnya. Ini jelas memperlihatkan sikap bacul badan itu yang tidak berani berdepan dengan kebenaran dan benarlah seperti apa yang tertera pada salah satu daripada sepandok yang dipaparkan oleh kumpulan itu bahawa badan itu adalah “pondan” !!
Disebakan gagal menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil badan itu, ahli serta penyokong persatuan berkenaan telah menampalkan / melekatkan memorandum yang mengandungi tuntutan mereka di hadapan pintu masuk premis tersebut.
Sememangnya bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli Persatuan MukaBuku Pulau Pinang itu yang turut disertai oleh beberapa ahli NGOs Melayu lain ada benarnya. Manakan tidak, sejak kebelakangan ini badan yang diterajui oleh sekumpulan individu berkepentingan politik dan sepatutnya mempertahankan kedaulatan undang-undang itu dilihat telah jauh tergelincir dari landasan asal serta matlamat penubuhannya. Malahan ianya telah bertukar wajah seakan-akan menjadi sebuah badan politik.
Lebih jauh dari itu ianya turut menjadi sebuah badan yang bersekongkol dengan pihak tertentu bertindak melampaui batas undang-undang yang berkuatkuasa. Ini terbukti bilamana badan itu diketahui pernah melibatkan diri menganjurkan satu perhimpunan yang turut disertai oleh sekumpulan ahlinya yang berarak ke Putrajaya dengan alasan kononnya menuntut keadilan serta hak rakyat. Apakah perhimpunan serta perarakan yang dianjurkan ketika itu mengikut lunas-lunas serta peraturan undang-undang yang ada? Adakah mereka memperolehi permit dari pihak polis untuk berbuat demikian ketika itu di mana Seksyen 27 Akta Polis masih belum dibuat pindaan manakala Akta Perhimpunan Aman juga masih belum ada lagi? Di manakah letaknya integriti golongan tersebut yang begitu megah mendabik dada mengatakan diri mereka golongan pengamal undang-undang profesional sedangkan pada masa sama mereka tidak patuh kepada undang-undang yang berkuatkuasa?
Sebenarnya sebahagian besar masyarakat hari ini sudah jelak dan meluat dengan puak-puak ini. Malahan sebilangan besar golongan pengamal undang-undang yang berpegang teguh kepada prinsip profesion itu juga turut tidak senang dengan sebilangan individu yang menguasai badan tersebut. Bagaimana pun mereka tidak dapat bersuara kerana golongan tersebut sejak awal-awal lagi disingkirkan daripada menduduki sebarang jawatan dalam badan itu akibat permainan serta taktik kotor individu-individu tertentu yang menguasai badan berkenaan.
Signifikan di sebalik bantahan ahli-ahli Persatuan MukaBuku Pulau Pinang itu adalah titik permulaan bantahan rakyat terbanyak terhadap badan tersebut yang tidak neutral, bias, berat sebelah di samping telah mengetepikan “roh” sebenarnya profesion guaman yang mulia, adil dan saksma.
Justeru itu juga, sudah sampai masanya agar kerajaan memberi perhatian serius terhadap tindak-tanduk badan tersebut khususnya ahli-ahlinya yang tidak profesional dan tiada integriti malahan mengetepikan sama sekali salah satu prinsip Rukun Negara iaitu “Kedaulatan Undang-undang”, samada memansuhkan badan tersebut dengan menggantikannya dengan sebuah badan lain yang lebih telus, neutral dan berintegriti serta mengkaji semula atau membuat pindaaan ke atas“Legal Profession Act 1976”.

No comments:

Post a Comment