Saturday 12 January 2013

CHIN PENG - APA HAK SEORANG PENGKHIANAT NEGARA?

Puak-puak yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia yang turut serta dalam HKR KL #112 di Kuala Lumpur hari ini, 12 Januari 2013 turut melaungkan hak Chin Peng, seorang penderhaka dan pengkhianat negara selaku rakyat negara ini yang tidak sepatutnya dihalang untuk pulang ke tanah air. Hak asasi apakah yang sebenarnya diperkatakan oleh puak-puak yang beragendakan mahu mengembangkan kembali fahaman sosialis-komunis di negara ini itu?
Apakah keluarga mereka yang menjadi korban keganasan, kezaliman serta pembunuhan komunis termasuk anggota pasukan keselamatan yang terdiri polis dan tentera suatu ketika dulu tidak punya hak untuk menolak atau menentang hasrat puak-puak sosialis-komunis itu untuk membawa pulang seorang penderhaka serta pengkhianat negara yang telah mengorbankan beribu-ribu nyawa orang awam serta anggota pasukan keselamatan di zaman perjuangan militan bersenjata PKM yang banyak mengakibatkan penderitaan terhadap rakyat dahulu? Apa yang diperjuangkan oleh puak-puak sosialis-komunis moden ini hanyalah bermatlamatkan politik dan sengaja menjadikan perkara berkenaan sebagai isu untuk menarik sokongan rakyat dengan meletakkan kesalahan kepada pihak kerajaan bagi menjayakan agenda utama mereka untuk berkuasa di negara ini.

No comments:

Post a Comment