Saturday 19 January 2013

MAULIDUR RASUL - ISLAM DIHINA LAGI

Menarik - berita terbaru yang Tok dengar Jawatankuasa Masjid Sungai Puyu di Butterworth merungut dan marah-marah ekoran terkesannya beberapa banner sambutan Maulidur Rasul yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang meletakkan gambar Lim Guan Eng dan P. Ramasamy pada banner-banner tersebut. Bagi mereka tindakan dengan meletakkan gambar Guan Eng dalam saiz besar dan juga gambar P. Ramasamy pada banner-banner tersebut merupakan satu lagi penghinaan berterusan terhadap agama dan umat Islam di Pulau Pinang khasnya dan Malaysia amnya.
Ekoran itu juga Jawatankuasa Masjid Sungai dijangka akan membuat laporan polis dalam masa terdekat ini. Rungutan serta rasa kurang senang pihak Masjid Sungai Puyu itu memang ada asasnya kerana sambutan Maulidur Rasul adalah eksklusif untuk umat Islam dan ianya tidak perlu membabit atau melibatkan kalangan dari agama lain. Samalah dengan penggunaan kalimah Allah ianya adalah untuk agama Islam dan bukannya untuk agama-agama lain.
Persoalannya, apakah motif Kerajaan DAP Pulau Pinang berbuat demikian? Apakah agenda mereka? Apakah pula muslihat tersembunyi Guan Eng? Apa yang nyata, puak-puak laknatullah ini semakin melampau dan biadap kerana setiap sudut hal ehwal agama Islam diusik oleh mereka. Tak habis dengan isu murtad melibatkan Lina Joy suatu ketika dulu, diikuti dengan penggunaan kalimah Allah melibatkan akhbar The Herald, selepas itu larangan laungan azan di Pulau Pinang yang didakwa menganggu golongan bukan Islam. Terbaru, Guan Eng sekali dengan biadapnya mencadangkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dan beberap hari lalu kita dikejutkan pula dengan tindakan sekumpulan mubaligh Kristian menyebarkan Bilble "The New Testament" di kalangan beberapa pelajar Melayu Islam di Sekolah Menengah Jelutong di Pulau Pinang. Apakah ini bukan lagi perancangan jahat untuk menyesatkan umat Islam? Apakah ini bukan satu agenda untuk menghancurkan Islam di negara ini?

No comments:

Post a Comment