Tuesday 22 January 2013

ISU KALIMAH ALLAH - AHLI PAS BANTAH CAMPURTANGAN KARPAL SINGH

George Town, 22 Jan 2013 - Pagi ini sekumpulan 10 orang ahli dan penyokong PAS diketuai oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Nordin, mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah berhimpun di hadapan Pejabat Guaman milik Karpal Singh, Jalan Green Hall, George Town bagi membantah campurtangan pemimpin DAP itu terhadap keputusan Majlis Syura berhubung isu penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam.
Sebelum itu, terdahulu ahli dan penyokong PAS terlibat berkumpul di hadapan Dewan Sri Pinang di mana kemudian telah berarak ke Pejabat Guaman Karpal yang terletak kira-kira 80 meter dari Dewan Sri Pinang dengan membawa beberapa banner dan plakad. Turut serta dalam bantahan itu ialah Ustaz Azmi Jaafar, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan.
Bagi mereka tindakan Karpal Singh yang mengarahkan Majlis Syura PAS agar membatalkan keputusan bahawa penggunaan Kalimah Allah adalah khusus untuk umat Islam, adalah satu lagi tindakan yang menghina umat dan agama Islam serta tidak menghormati dasar PAS. Menurut mereka lagi, sekiranya Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor itu berhasrat melawan ulamak Islam, maka Karpal perlu "langkah mayat" mereka dulu. Bagi mereka, DAP adalah pejuang Kristian dan mendesak agar PAS keluar dari pakatan pembangkang. Ada baiknya PAS berjuang bersendirian daripada mengorbankan akidah serta agama semata-mata untuk mencapai matlamat politik.
Perkembangan beberapa hari kebelakangan ini memperlihatkan pendirian PAS dalam isu Kalimah Allah telah ditentang keras oleh rakan kongsinya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP yang mahukan PAS tunduk kepada telunjuknya. Senario ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa tiada kesepakatan dalam erti kata sebenar khususnya di antara PAS dan DAP samada dari segi asas perjuangan mahu pun dasar-dasar untuk kepentingan bersama. Jelas sekali DAP sememangnya tidak ikhlas dalam apa jua perkara dalam pakatan yang longgar itu. Bagi DAP, PAS dan PKR adalah alat semata-mata dalam menjayakan agendanya ke Putrajaya dan seterusnya untuk menukarkan wajah Malaysia menjadi sebuah Republik yang dikuasai oleh Kristian !!
Apakah PAS akan tunduk lagi dengan telunjuk DAP kali ini? Apakahkah PAS sekali akan mengorbankan prinsipnya, mengorbankan akidah dan agama Islam semata-mata mahu berkuasa? Sekiranya berkuasa, apakah PAS akan mendapat tempat sebagaimana yang dihajati atau hanya "melukut di tepi gantang" sepertimana PAS dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika ini?

No comments:

Post a Comment