Sunday, 16 October 2011

VFC - GERAKAN KRISTIAN UNTUK MURTADKAN
ORANG-ORANG ISLAM DI MALAYSIA


Gerakan Kristianisasi semakin berani dan terus ancam Islam di Malaysia. Sebuah gereja baru dikatakan bergerak aktif dalam pendakyahan Kristian melalui upacara keagamaan dan perjumpaan tertutup pada setiap pagi hari Ahad di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru. Kegiatan pendakyahan itu dikatakan adalah usaha berterusan yang dijalankan oleh sebuah pertubuhan gereja radikal yang berpusat di Singapura iaitu Victory Family Centre (VFC) yang sebelumnya dikenali sebagai Calvary Charismatic Centre sekitar tahun 1990an.

Dr Rick Seaward - Pengasas
VFC
Pengasas VFC Singapura ialah Rev. Dr Rick Seaward, seorang rakyat Amerika yang mendapat taraf kewarganegaraan Singapura, adalah seorang pastor Kristian radikal yang cukup dikenali di Singapura kerana peranan aktifnya mempengaruhi serta memurtadkan orang Islam di negara itu. Dalam pada itu, pastor bagi gereja baru di Johor Bahru dikenalpasti sebagai Jeremy Seaward, iaitu anak dan juga bakal pengganti kepada pengasas VFC itu. Misi utama Jeremy Seaward adalah menubuhkan pengkalan VFC di Johor Bahru yang bakal dijadikan pusat bagi menjayakan visi serta gerakan mereka mengembang serta pendakyahan Kristian di kalangan umat Islam di Malaysia dan seterusnya memurtadkan mereka.


Pastor Jeremy Seaward - bakal
menggantikan bapanya untuk Kristiankan
umat Melayu Islam di Malaysia
Sekitar tahun 1990an nama gereja tersebut ditukarkan setelah kegiatannya disekat oleh Kerajaan Singapura berikutan gerakan radikal pendakyahan yang dijalankan serta pandangannya terhadap Islam sehingga mencetuskan perselisihan antara agama yang menjejaskan keharmonian. Berikutan publisiti serta imej buruknya, penganut Kristian telah menghindarkan diri mereka daripada gereja ini. Kerajaan Singapura juga telah menerbitkan Kertas Putih yang antara menyatakan bahawa Rev. Dr Rick Seaward adalah sebagai di antara sebab mengapa Kerajaan Singapura perlu menggubal serta meluluskan satu undang-undang baru dikenali sebagai “The Maintenance Of Religious Harmony Act – Seaward’s agenda in Malaysia is to make ‘all Malays to be Christian’”.

Akhbar The Straits Times Singapura turut menyiarkan 2 artikel yang dihubungkan melalui internet dengan Arkib Perpustakaan Negara Singapura bagi mengesahkan kesahihan kedua-dua artikel itu seperti berikut : -

o   “ISD report cites cases of religious tension”. The Straits Times keluaran 30/12/1989, muka 2. http://newspapers.ni.sg/Digitalised/Article/straitstimes19891230.2.7.2.aspx ;

o   The Straits Times keluaran 30/12/1989, muka 24. “Stopping the over-zealous before they cause strife – Annex to Government White Paper, title Maintenance of Religious Harmony”.


“The Government has from time to time acted to prevent clashes between religious groups, especially between Christians and Muslims. In 1986, ISD called up the leaders of 11 Christian organizations which had been evangelizing among Muslims, to advise them to avoid activities which could cause misunderstanding or conflict. A few ignored this advise.The senior pastor of the Calvary Charismatic Centre (CCC), Rev. Rick Seaward, later said that the CCC wanted “all Malays to be Christians”. In a fiery sermon in August ’87, Seaward declared that “the greatest threat to Christianity… to all mankind is not communism but Islam”, that Singapore would one day become a Christian nation, and that “God special task for Singaporeans was to send them to spread the Gospel to other countries. He therefore exhorted the congregation to be willing to be martyred”. (Straits Times 30 Dec 89).

Laporan akhbar The Straits Times Singapura itu cukup jelas memperlihatkan agenda tersembunyi gerakan Kristian dengan mensasarkan orang-orang Melayu Islam untuk dipesongkan akidah mereka dan seterusnya diKristiankan kerana ancaman terbesar bagi Kristian dan juga seluruh umat manusia di dunia dikatakan bukanlah komunisma tetapi agama Islam.

Kerajaan Singapura yang menyedari akan implikasi gerakan memurtadkan orang-orang Melayu Islam boleh mencetuskan ketegangan serta konflik antara agama di negara berkenaan yang rakyatnya juga terdiri daripada pelbagai kaum serta kepercayaan, mengambil langkah positif mengeluarkan kertas putih bagi menghalang kegiatan CCC di samping turut memanggil bagi memberi amaran kepada 11 gerakan Kristian di negara itu.

Berbanding dengan langkah serta tindakan tegas yang diambil oleh Kerajaan Singapura dalam menangani gerakan golongan radikal fundamentalis Kristian itu, di Malaysia pendekatannya amat berbeza. Sejak kebelakangan ini, gerakan Kristianisasi untuk memesongkan akidah ke arah memurtadkan orang-orang Islam di Malaysia amat ketara. Antaranya yang terbaru dan mencetuskan kontroversi serta kemarahan umat Islam di negara ini ialah upacara agama Kristian iaitu majlis “Thanks Giving Dinner” anjuran Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) melibatkan 12 orang Islam yang dijemput khusus menghadiri upacara itu pada 3 Ogos 2011 lalu. Diikuti selepas itu dengan pendedahan berhubung gerakan Kristianisasi ke atas pelajar sekolah rendah di sebuah pusat tusyen di Jalan Klang Lama melibatkan beberapa pelajar Melayu Tahun 1 hingga Tahun 6 yang diajar menyanyikan lagu-lagu memuji kebesaran Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib dan cerita mengenai kisah Nabi Isa yang telah disalib. Apa yang menjadi tandatanya, di Malaysia pendekatan yang diambil oleh pihak berkuasa terlibat dalam menangani gerakan Kristianisasi dilihat lebih bersifat untuk “jaga hati” manakala di peringkat pimpinan tertentu pula keputusan pula lebih kepada pertimbangan politik, tidak serius serta tidak memperlihatkan kesungguhan ke arah mengawal atau menjaga akidah umat Islam daripada dipesongkan. Apabila timbul isu melibatkan gerakan Kristianisasi ke atas umat Islam, apa yang dilakukan ialah siasatan dan selepas itu senyap sepi dan tidak diketahui apakah tindakan yang diambil terhadap mereka yang terbabit. Pelbagai pihak pula membuat kenyataan itu dan ini tetapi bukannya untuk menyelesaikan isu sebaliknya hanya untuk tumpang semangkuk kononnya merekalah yang serius dalam mempertahankan Islam. Tiada titik noktah dan tindakan terhadap golongan radikal Kristian terlibat.

Justeru itu dalam gerakan terbaru VFC Singapura yang telah menyusup masuk melalui Johor Bahru ini, kerajaan perlu menyiasat dan bertindak lebih tegas. Ini adalah kerana agenda mereka amat jelas lagi ketara, untuk memesongkan akidah orang-orang Melayu Islam di Malaysia dan seterusnya memurtadkan mereka. Gerakan ini amat bahaya dan perlu ditentang habis-habisan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Menteri sendiri perlu lebih pro-aktif dan benar-benar serius dalam menangani gerakan ini. Mereka yang terbabit, jika terbukti perlu diambil tindakan tegas dan tidak boleh lagi main sorok-sorok atau menggunakan pertimbangan politik semata-mata hendak "jaga hati" pihak tertentu. Barang diingat, hati umat Islam yang sudah sekian lama terguris berhubung isu agama ini juga perlu "dijaga". Jangan sampai umat Islam hilang kesabaran mereka, akibatnya amat buruk.

Tok Jen - Musykil, undang-undang mana nak digunapakai dalam isu gerakan Kristianisasi yang boleh mengancam keselamatan masa kini? ISA dalam proses dimansuhkan…

1 comment:

  1. jakim dan agensi Islam perlu agresive memberi follow up kepada umat Islam terutama saudara Islam baru di Sabah. Dengan adanya follow up dan didikan yg sesuai isu murtad dapat diatasi

    ReplyDelete