KOLEJ HAN CHIANG, DAP BIADAP - MALUKAN MENTERI
KHAMIS lalu, 29 Sept 2011, Datuk Seri Utama Dr Rais
Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah hadir bagi merasmikan Majlis Golden Achievement Awards Kolej Han Chiang bertempat di Stadium Tertutup kolej berkenaan di George Town. Majlis itu bermula jam 8 malam dan berakhir hampir jam 11 malam. Dianggarkan 1,000 hingga 1,500 orang hadir termasuklah Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin pembangkang seperti Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Ng Wei Aik (ADUN Komtar).
DS Utama Dr Rais - Tetamu yang dimalukan |
Kehadiran beliau pada majlis itu adalah sebagai wakil kepada YAB Perdana Menteri. Ini bermakna beliau merupakan tetamu kehormat di majlis itu dan sepatutnya dilayan dengan penuh penghormatan sejajar bukan sahaja atas kedudukannya selaku seorang Menteri Kanan Kabinet dalam pentadbiran kerajaan pusat tetapi juga kapisitinya selaku wakil kepada Perdana Menteri sekaligus mewakili kerajaan pusat.
Apa yang berlaku adalah sebalik. Dalam aturcara yang
disusun, selain menampilkan Tan Sri Tan Kok Peng selaku
Pengerusi Lembaga Kolej berkenaan untuk menyampaikan ucapan alu-aluannya, turut disenaraikan menyampaikan ucapan ialah Lim Guan Eng atas kapisiti selaku Ketua Menteri manakala DS Utama Dr Rais Yatim pula sebagai mewakili Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat. Sesi ucapan dimulakan dengan Tan Sri Tan Kok Peng dan ikuti selepas itu ucapan Lim Guan Eng dan terakhirnya ialah ucaputama oleh DS Utama Dr Rais Yatim selaku wakil Perdana Menteri dan kerajaan pusat. Apa yang menarik semasa pengumuman ucapan oleh Lim Guan Eng, pihak
penganjur telah menayangkan slide multimedia
(multimedia presentation) khas untuk memperkenalkan Lim
Guan Eng serta latarbelakangnya. Di antara perkara-perkara
yang ditayangkan ialah slide kedudukan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP,
kedudukanya selaku Ahli Parlimen DAP Kawasan Bagan dan ADUN Ayer Puteh di samping beberapa slide ketika Guan Eng
berucap di khalayak ramai yang dihadiri oleh ribuan
penyokong semasa kempen pilihanraya umum 2008. Bagi setiap slide yang ditayangkan ianya mendapat tepukan, sorakan yang bingit serta jeritan gemuruh daripada para hadirin termasuk para pelajar yang hadir bagi menunjukkan kepada tetamu kehormat, DS Utama Dr Rais Yatim yang hadir dan juga kerajaan pusat betapa sokongan kaum Cina Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng khususnya DAP.
Guan Eng biadap - Malukan tetamu di khalayak ramai semata-mata cari pengaruh politik |
Dalam pada itu, ketika Lim Guan Eng berucap pula senarionya juga
sama. Semasa manyampaikan ucapannya, Lim Guan Eng telah menselang-selikan dalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan sedikit Bahasa Melayu. Ketika ucapannya dalam Bahasa Inggeris dan sedikit Bahasa Melayu, sambutan serta respon adalah sederhana sahaja. Bagaimanapun ucapannya dalam Mandarin mendapat sambutan serta respon yang amat baik sekali dengan tepukan gemuruh serta sorakan dan pekikan membingitkan daripada para hadirin termasuk kalangan pelajar. Walaupun intipati ucapannya tidak diketahui, apa yang nyata ucapan
tersebut sudah tentunya menyentuh isu-isu menarik perhatian hadirin atau isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka.
Apabila DS Utama Dr Rais Yatim dijemput berucap pula,
respon serta sambutan para hadirin hanya biasa-biasa
sahaja. Tepukan tangan pun tidak bermaya dan ada di antara yang hadir tidak ambil peduli pun. Lebih menarik lagi, ketika DS Utama Dr Rais Yatim berucap, suasana dalam
stadium tertutup itu mula bertukar menjadi suasana sepertimana di pasar-pasar awam. Diperhatikan sebilangan besar hadirin yang 99.9% terdiri daripada kaum Cina bercakap-cakap sesama mereka dan tidak ambil peduli langsung apa amanat yang dibawanya atau pesanan Perdana Menteri kepada kaum Cina di Pulau Pinang khususnya golongan pelajar CIna. Sebagai seorang veteran politik, DS Utama Dr Rais Yatim menyedari akan senario itu di mana di akhir ucapannya cuba memikat hati para hadirin dengan menggunakan
beberapa ungkapan dalam Mandarin dan juga Hokkien (kalau tak silap). Walaupun ungkapan-ungkapan yang digunakan mendapat respon hadirin dengan tepukan, tetapi ianya hambar malahan tidak sedikit pun menyentuh hati dan perasaan.
Tan Kok Peng - Bersubahat malukan tetamu |
Signifikan di sebalik usaha pihak penganjur khususnya Kolej
Han Chiang dan Tan Kok Peng selaku teraju utama
kolej itu menayangkan "multimedia presentation"
mengagung-agungkan Lim Guan Eng di hadapan tetamu kehormat undangan mereka, sambutan serta respon membingitkan ke atas ucapan Guan Eng dalam Mandarin yang diyakini menyentuh isu-isu yang ada hubungkait dengan kepentingan kaum Cina, jelas merupakan satu perbuatan atau tindakan untuk memalukan Menteri berkenaan dan juga kerajaan pusat. Sememang itulah yang amat dirasai oleh beberapa kerat orang Melayu yang turut hadir di majlis itu terutamanya kalangan pegawai-pegawai kanan kementerian yang mengiringi menteri tersebut serta beberapa pegawai kanan kerajaan persekutuan yang lainnya. Kesian apabila melihat seorang Menteri Kanan
Pusat diperlakukan serta dimalukan sedemikian rupa. Apa
yang diketahui, pada sebelah siangnya sebelum majlis itu
berlangsung ada pihak tertentu telah menasihatinya agar
tidak hadir di majlis berkenaan. Bagaimanapun beliau berkeras untuk
hadir kerana telah diamanahkan untuk berbuat demikian bagi mewakili Perdana Menteri.
Kolej Han Chiang Pulau Pinang |
Satu pengajaran yang harus diambil dalam insiden memalukan menteri itu. Pertama ialah sikap biadap DAP dan sebilangan kaum Cina yang turut diterapkan di kalangan pelajar-pelajar agar menolak apa jua dasar serta sistem pentadbiran kerajaan pusat. Manifestasinya jelas, orang Cina tetap orang
Cina. Kalau dulu matlamat mereka menguasai ekonomi dan
telah pun berhasil, kini matlamat mereka adalah merebut
kuasa politik di tangan Melayu. Mereka mahu jadikan
Malaysia seperti Singapura. Mereka mahu tukarkan Malaysia
jadi negara republik. Kalau tidak, masakan Guan Eng
berulang-alik ke Singapura untuk mendapatkan nasihat
daripada Lee Kuan Yew. Kalau tidak, masakan Guan Eng bawa Lee Kuan Yew berkunjung ke Pulau Pinang bagi mentaklimatkan Menteri Mentor Singapura itu berhubung dengan pelan perancangan DAP untuk "mengSinpurakan" Pulau Pinang. Kalau tidak, masakan boleh sekumpulan paderi Kristian menjalankan upacara ikrar dan sumpah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian di samping berusaha untuk memastikan agar pada pilihanraya akan datang Perdana Menteri Malaysia hendaklah dari kalangan Kristian. Siapakah yang bakal menjadi Perdana Kristian Malaysia yang pertama itu kalau tidak Guan Eng? Bukankah Guan Eng seorang penganut Kristian Anglican?
(Maka Anwar Ibrahim pula tak perlulah lagi nak pasang
angan-angan tinggi nak jadi Perdana Menteri. Lupakanlah dan beri
perhatian kepada kes yang sedang dihadapi atau terus
bertaubat duduk di Masjid Tok Kun). Apa akan jadi kepada
Melayu Pulau Pinang sekiranya agenda DAP ini berhasil? Ke
mana lagi akan lari atau berhijrahnya Melayu Pulau Pinang
yang dilihat semakin pupus di kawasan pulau? Laksamana
Hang Tuah pernah berkata, "Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia". Bagaimana pula dengan senario di Pulau Pinang, "ke manakah kan hilangnya Melayu Pulau Pinang?"
Lebih menarik lagi, apa yang berlaku semasa majlis Golden
Aachievement Awards Kolej Han Chiang itu juga sedikit
sebanyak memperlihatkan kalangan pelajar turut dan telah pun
diindoktronasikan dengan ideologi DAP agar membenci
kerajaan pusat. Peranan ini sebenarnya tidak lain dan tidak
bukan diusahakan oleh Tan Kok Peng yang sememangnya
mempunyai hubungan istimewa dengan Guan Eng. Tidak
keterlaluan jika dikatakan, berdasarkan doktrin sentimen
keCinaan yang menebal disemai berterusan di kalangan
pelajar kolej berkenaan, produk yang akan dihasilkan adalah generasi muda Cina yang anti kerajaan pusat.
No comments:
Post a Comment