Ahad lalu (25 Sept 2011), Perdana Menteri sekali lagi telah berkunjung ke Pulau Pinang bagi menghadiri Program Kayuhan Amal 1 Malaysia Untuk Pelajaran 2011. Dalam kunjungannya itu, Perdana Menteri telah ikut serta dalam program kayuhan berbasikal sejauh 6 km bersama-sama pelajar sekolah-sekolah Cina dan orang ramai. Beliau kemudiannya telah mengumumkan penyaluran peruntukan bantuan sejumlah RM15 juta kepada 15 buah sekolah rendah dan menengah Cina di Pulau Pinang di mana setiap sekolah terbabit menerima sejumlah RM1 juta.
Sepertimana lazimnya, apa jua yang dibuat atau apa jua peruntukan bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat, ianya pasti akan dipandang serong oleh kalangan tertentu masyarakat Cina. Begitu juga dengan pengumuman bantuan sejumlah RM15 juta kepada sekolah-sekolah Cina di mana ianya dilihat sebagai "wayang" serta "gula-gula" politik kerajaan pusat untuk meraih sokongan dan undi rakyat khususnya kaum Cina menjelang pilihanraya umum ke-13. Kalangan guru sekolah-sekolah Cina dilihat senada dengan pandangan serong terhadap kerajaan pusat berhubung pemberian bantuan itu. Bukan itu sahaja, sebaliknya mereka turut mempertikaikan niat dan muslihat di sebalik bantuan yang diberikan. Inilah sifat-sifat golongan yang tidak pernah bersyukur. Sebelum ini mereka menjerit-jerit di sana sini dengan menjaja cerita kononnya kerajaan pusat berat sebelah serta menganaktirikan sekolah-sekolah Cina tanpa diberi sebarang bantuan dan hanya mengutamakan sekolah-sekolah kebangsaan sahaja. Tetapi apabila bantuan diberikan, sekali lagi kerajaan pusat dibusukkan dengan tuduhan cuba untuk "membeli" hati dan sokongan masyarakat Cina.
Kalau nak cerita pasal "membeli" ini atau cakap pasal rasuah yang dilabelkan kepada semua peringkat struktur pentadbiran kerajaan, golongan yang membuat tuduhan seumpama ini sepatutnya berbalik kepada sejarah asal-usul di manakah bermulanya rasuah, masyarakat manakah yang membudayakan serta mengembangkan perbuatan rasuah ini di dunia dan begitu juga di negara ini? Rasuah bukan budaya Islam dan Melayu! Malahan Islam mengharamkan rasuah. Golongan yang memperkenal, mengamal, membudaya serta mengembangkan rasuah ini hanya mahukan kesenangan serta keuntungan dalam apa jua bentuk di pihak mereka sahaja dan pada masa sama mahukan golongan penerima rasuah terutamanya yang mempunyai kuasa-kuasa tertentu, leka dan musnah disebabkan rasuah yang disogokkan. Apabila keadaan itu berlaku, maka mudahlah mereka menjayakan agenda-agenda lainnya yang tersembunyi. Golongan yang mengembangkan serta membudayakan rasuah inilah yang akan membawa bencana kepada rakyat dan negara ini.
Dalam hal ini, ada baiknya pihak kerajaan pusat memikirkan semula sekiranya ingin memberi apa jua bantuan kepada golongan seperti ini yang bukan sahaja tidak pernah bersyukur tetapi melihat sumbangan atau bantuan itu dalam perspektif pandangan yang cukup serong.
Dalam pada itu, sepertimana kunjungan Perdana Menteri di Permatang Pauh pada minggu sebelumnya, Lim Guan Eng bersama barisan pemimpin PR Negeri buat-buat sibuk untuk menunjukkan kepada umum bahawa mereka adalah orang penting dalam program yang dianjurkan. Namun apa yang lebih menarik ialah sikap biadap, kurang ajar dan tidak menghormati Perdana Menteri yang ditunjukkan oleh Guan Eng dan beberapa ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang turut hadir pada Program Kayuhan Amal itu dengan memakai kemeja “T” warna kuning iaitu warna simbolik bagi sebuah pertubuhan haram BERSIH yang turut dipelopori bersama oleh pakatan pembangkang untuk menentang dasar-dasar kerajaan pusat (sebuah kerajaan yang dipilih secara sah mengikut perlembagaan) melalui demonstrasi jalanan.
Tidak hormat kepada Perdana Menteri - Lim Guan Eng dan barisan Exconya dengan sengaja memakai kemeja "T" warna kuning |
Selain itu perbuatan Ng Wei Aik, ADUN Komtar merangkap Setiausaha Politik kepada Guan Eng, juga memakai kemeja “T” warna kuning yang turut serta dalam program kayuhan itu dengan melaungkan slogan berbunyi, "BERSIH... BERSIH... BERSIHKAN MALAYSIA" telah mencetuskan rasa kurang senang orang ramai yang turut serta dan menyaksikan program itu. Perbuatan ADUN Komtar itu dianggap biadap, kurang ajar, melampau malah memalukan dan ianya tidak sepatutnya dilakukan dalam program yang dihadiri oleh seorang Ketua Kerajaan Pusat.
Malik Kassim - Nama Melayu tapi tidak hormat kepada pemimpin Melayu |
Ng Wei AIk, ADUN Komtar - juga bersikap biadap |
No comments:
Post a Comment