Telah terkesan penyebaran SMS di kalangan JKKKN/JDM/UPU/MTD, Pengarah Parlimen/DUN, AMK, Pemuda PAS dan ahli-ahli Pakatan Rakyat untuk memasang bendera PKR, PAS dan DAP serentak pada 10/9/2011 (sabtu malam) di laluan daripada DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti untuk "menyambut" rombongan YAB PM ke SMK Guar Perahu, Permatang Pauh. SMS yang disebarkan berbunyi seperti berikut : -
"…Slm mohon JKKK/JDM/UPU/MTD, Pengarah PAR/DUN/AMK/Pemuda PAS ahli PR utk tindakan pemasangan bendera parti Keadilan/PAS/DAP sarentak 10hb (sabtu mlm) di laluan drp DUN Sbrg Jaya /Pmtg Pasir/Penanti utk menyambut rombongan “be end” (bn) ka open house kebangsaan di sek men Guar Perahu 11hb (ahad). tk. lawan tetap lawan, takbir ! cc DSAI/DSWA/ Dt Mansor/Dt Salleh Man…"
Selain itu, pada 11/9/11 jam 2 hingga 5 petang, bertempat di Markas PKR Sungai Semambu pula Wanita PKR Permatang Pauh akan menganjurkan majlis jamuan Hari Raya untuk 3,000 orang dan akan turut dihadiri oleh Dato' Dr Mansor Osman, Tim. KM I P/Pinang.
Dalam pada itu, terkesan juga perancangan pihak PAS dan PKR Kedah untuk melakukan sabotaj ke atas Majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia yang akan dihadiri oleh YAB PM pada 11/9/2011 di Guar Perahu itu. Dalam menjayakan niat busuk mereka PAS dan PKR telah mengarahkan ahli-ahlinya untuk hadir dengan berpakaian kuning dengan membawa sepanduk dan banner. Selain itu, arahan untuk memakai baju kuning juga turut dimuatkan dalam laman twitter.
Tindakan tersebut adalah antara beberapa perancangan yang diatur oleh PR khususnya PAS dan PKR dalam usaha mereka untuk melakukan sabotaj dan mengganggu perjalanan program yang akan dihadiri oleh YAB PM di Permatang Pauh nanti. Apa yang jelas perancangan itu memperlihatkan betapa busuknya hati perut PR khusus PKR dan PAS yang selama ini mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam, tetapi sikap dan sifat mereka sebenarnya adalah sama seperti iblis laknatullah yang sentiasa engkar akan perintah Allah.. Ianya juga jelas menunjukkan betapa PKR dan PAS sanggup menjadi alat dan sedia melakukan apa sahaja demi rakan kongsi mereka dalam PR iaitu DAP yang hanya berpeluk tubuh seronok menyaksikan Melayu PKR serta PAS yang buta perut dan hati menjayakan agenda mereka (DAP) untuk merampas bumi bertuah milik Melayu ini..
Tok Jeng – Cina Guan Eng, Kit Siang lebih bijak berpolitik daripada Melayu Al-Juburi dan Mat Sabu (Sapu).
Yang busuk perut di semua laa ... Melayu lawan Melayu .... cina hindu ketawa besar .... yang lawan tu semuanya samai-sama busuk perut ataupun perut busuk!
ReplyDeleteCina dan Hindu tepuk tangan.. itupun Melayu tak sedar lagi. Tapi ada pulak yang jadi Mendaliar, Kitol dan Buang - mengkhianati bangsa dan agama sendiri..
ReplyDelete