Saturday, 3 September 2011

KESERONOKAN BERAKHIR DENGAN NAHAS


Keberanian yang sia-sia

BUTTERWORTH 4 Sept 2011 – Kehebatan seorang Mat Rempit di jalanraya berakhir apabila dia menemui nahas. Dalam kejadian pada jam 1.50 pagi di Jalan Butterworth-Kepala Batas, Bagan Lebai Tahir berhampiran dengan Kuaters TUDM itu, remaja Melayu berusia pertangahan 20an itu kecundang apabila motosikal yang dinaiki hilang kawalan setelah dipandu terlalu lalu laju sehingga terbabas. Pemuda berkenaan bernasib baik dan hanya pengsan di tempat kejadian kira-kira 10 minit dan kemudiannya dibawa ke hospital oleh ambulan yang tiba pada jam 2.05 pagi.

Bernasib baik kerana masih boleh bernafas

Ini adalah di antara kes-kes kemalangan jalanraya yang melibatkan Mat Rempit yang sebahagian besarnya terdiri daripada kalangan remaja Melayu. Apa yang jelas dalam kes-kes kemalangan seumpama ini, ianya bukanlah kemalangan dalam erti kata sebenar tetapi merupakan “malang” yang sengaja dicari. Walaupun saban hari kita disajikan dengan kes-kes kemalangan yang dahsyat dan mengerikan, namun ianya tidak sedikit pun menjadi ikhtibar mahupun pengajaran kepada golongan remaja kita. Pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya pengguna jalanraya, tetapi kes-kes kemalangan jalanraya khususnya melibatkan penunggang motosikal terus meningkat.

1 comment:

  1. Xabih2..jalan raya bkn tmpt racing!nk race p masok cub prix!

    ReplyDelete