Akhirnya minggu lalu (21 Sept 2011), Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 4, Butterworth atas pertuduhan memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan berikutan kenyataannya yang menghina pasukan keselamatan dengan mendakwa bahawa komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan. Selain beberapa pemimpin PAS, turut hadir di mahkamah pada hari berkenaan ialah beberapa penyokong DAP termasuklah Dato’ Dr Toh Kin Woon (bekas ahli EXCO BN dan bekas ADUN PGRM Machang Bubok yang belot kepada partinya), Francis Ong (Setiausaha DAP Parlimen Bagan) dan Ong Jing Cheng (Koordinator SUARAM). Tidak kelihatan pemimpin-pemimpin besar DAP yang lainnya. Pemimpin mahupun penyokong PKR langsung tidak nampak batang hidung mereka.
Bagi menyelesaikan ikat jamin terhadapnya, Dato Dr Toh Kin Woon dikatakan telah menyumbang sejumlah RM5 ribu tetapi ianya masih tidak mencukupi. Apa yang menarik dalam hal, para ahli dan penyokong PASlah yang menjadi sasaran untuk orang-orang seperti Mohamad Sabu ini minta sedekah. Ekoran itu seorang penyokong yang mengiringinya ke mahkamah sejak awal lagi telah keluar untuk menemui para penyokong yang “terlalu setia” menunggu di perkarangan mahkmah dengan memaklumkan jumlah ikat jamin yang dikenakan terhadap Mohamad Sabu dan meminta para penyokong berkorban memberi sumbangan. Maka dibuka atau dicabutlah kopiah (ketayap) dari kepala beberapa orang penyokong untuk memungut “sedekah” dengan mengarak bendera PAS. Tidak kurang menariknya, yang beria-ia sangat menggerakkan usaha “minta sedekah” itu ialah Francis Ong. Paling menarik ialah apabila Francis Ong mendekati sekumpulan warga emas berusia sekitar 70an terdiri daripada beberapa lelaki Cina dan Melayu kerana menyangkakan bahawa mereka dari kalangan penyokong DAP atau PAS. Semasa menghampiri kumpulan warga emas itu, Francis Ong memohon mereka memberi sedikit sumbangan mengikut kemampuan masing-masing. Kumpulan warga emas itu tidak memberi sebarang respon hanya memerhati sahaja gelagat Francis Ong yang diiringi oleh 2 orang penyokong Mohamad Sabu tanpa menyedari bahawa kumpulan warga emas itulah antara pejuang-pejuang yang pernah menggadai nyawa dalam mempertahankan negara suatu ketika dulu. Mereka adalah bekas-bekas anggota Home Guard. Betapa butanya mata dan hati mereka. Apa yang dapat diperkatakan perbuatan mereka menggunakan ketayap untuk “minta sedekah” itu pula secara tidak langsung telah merendahkan martabat PAS apatah lagi kerja “minta sedekah” itu turut dilakukan bersama orang seperti Francis Ong. Barang diingat, ketayap adalah “brand” kepada orang-orang PAS.
"Minta Sedekah" |
Pada peringkat awalnya, dijangkakan ribuan penyokong Mohamad Sabu akan hadir di mahkamah untuk memberi sokongan kepadanya dan sekaligus untuk melakukan satu lagi provokasi serta mencabar undang-undang dan pihak berkuasa. Malangnya yang hadir tidak sampai pun 100 orang walaupun pada malam sebelumnya diketahui sebaran SMS di kalangan ahli dan penyokong PAS di Pulau Pinang khususnya cukup meluas bagi mengajak mereka berhimpun di Mahkamah Butterworth. Walaupun status Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, tetapi sambutan yang begitu dingin itu sedikit sebanyak memperlihatkan kalangan pemimpin dan ahli PAS sendiri berbelah bahagi dalam isu yang dicetuskan oleh Mohamad Sabu. Malahan ahli-ahli PAS sendiri sememangnya cuba mengelak untuk memberi sebarang komen atau reaksi mereka berhubung isu kenyataan yang dibuat oleh Mohamad Sabu itu. Ini adalah kerana Mohamad Sabu telah tersalah cakap berpunca daripada dendamnya terhadap pihak polis dalam kes Perhimpunan BERSIH kerana mendedahkan pembohongan serta penipuannya.
Tadah Kopiah Minta "Sedekah" Untuk Mat Sabu |
Buta Hati - Tak Kenal Manusia |
Dalam pada itu, kehadiran beberapa individu DAP pula dilihat lebih bermatlamatkan untuk menarik sokongan dari kalangan ahli serta penyokong PAS menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang khususnya bagi kawasan-kawasan yang bakal ditandingi oleh DAP dalam usahanya untuk terus kekal berkuasa di Pulau Pinang. Manakala batang hidung dari kalangan pemimpin serta ahli PKR yang tidak kelihatan sama sekali di mahkamah pada hari berkenaan turut menjadi tandatanya. Jangan ditanya ke mana perginya Anwar Ibrahim, sebab Anwar terlalu sibuk memikirkan helah untuk memperalatkan sistem kehakiman serta perundangan negara bagi meloloskan dirinya dalam kes liwat yang sedang dihadapinya. Mana perginya Mansor Osman dan pemimpin-pemimpin hebat PKR di Pulau Pinang yang lainnya? Dalam hal ini, apa yang jelas PKR khususnya Anwar Ibrahim sememangnya tidak bersetuju dengan Mohamad Sabu dan PAS. Sebab itulah kalangan PKR tidak membuat sebarang pendirian dalam isu kenyataan yang dibuat oleh si pengkhianat Mohamad Sabu itu.
Tok Jen
No comments:
Post a Comment