Wednesday, 2 November 2011

LAGI BANTAHAN TERHADAP GUAN ENG, DAP


Melayu Pulau Pinang terus marah kepada Guan Eng dan Kerajaan DAP pimpinannya. Kemarahan yang dilihat sebagai tiada titiknya itu jelas dizahirkan melalui contengan yang dikesan pada dinding 2 buah premisyang terletak berdekatan dengan Jejantas Jalan Penang-Jalan Burma dan satu lagi contengan pada dinding pagar sebuah premis di Jalan Transfer di George Town. "GUAN ENG TIPU MELAYU", begitulah perkataan yang diconteng di kedua-dua tempat tersebut.

Walaupun sejak mengambilalih kuasa di Pulau Pinang, Guan Eng dan DAPnya telah memperkenal serta mempromosikan dasar CATnya yang bermaksud "Competency, Accountability and Transparency" dan dijaja ke sana ke mari. Namun ianya hanya slogan semata-mata kerana apa yang lihat samada Guan Eng mahupun DAP tidak kompeten pun apatah lagi telus atau berkewibawaan! Apa yang ketara pada kacamata umum adalah kerakusan Guan Eng dan DAPnya merampas sesuatu yang bukan hak milik mereka semata-mata untuk mengisi tembolok besar para kroninya yang sudah sekian lama menunggu giliran untuk merebut apa saja peluang yang boleh memberi keuntungan kepada mereka dan pada masa sama Guan Eng dan DAPnya boleh "tumpang sekaki". Selama ini Guan Eng dan DAPnya menuduh Kerajaan BN khususnya UMNO mengamalkan kronisme. Nah, sekarang Guan Eng dan DAPnya tidak kurang hebatnya turut menerap serta membudayakan kronisme!!

Tanah-tanah tempat orang Melayu berteduh sejak ratusan dan puluhan tahun dirampas atas nama pembangunan. Melayu dihalau keluar dari kampong halaman mereka. Kampong Pokok Assam, Kampong Jelutong, Kampong Mukim 9 Telok Kumbar, Kampong Permatang Damar Laut, Kampong Genting Balik Pulau dan Kampong Sungai Nibong Besar adalah antara kampong-kampong yang didiami hampir 97% orang Melayu. Kenapa kampong-kampong berkenaan menjadi sasaran? Jawapannya mudah, kesemua tanah di kampong-kampong itu adalah bagaikan lombong emas dan boleh memberi keuntungan besar kepada kroni Guan Eng dan DAP. Tidak cukup dengan itu, tanah wakaf rezab perkuburan Islam juga turut menjadi sasaran mereka.

Inilah punca kemarahan berterusan orang-orang Melayu Pulau Pinang terhadap Guan Eng yang secara jelas mempamirkan sikap rasisnya. Janji pilihanraya lepas, jangan haraplah!! Tol Sungai Nyior di Butterworth sehingga kini masih gah berdiri!! Guan Eng pernah berjanji akan memansuhkan tol berkenaan jika PR memerintah!!! Apa sudah jadi? Dah hampir 4 tahun berkuasa di Pulau Pinang, tetapi rakyat setiap hari terpaksa berbelanja lebih untuk bayaran tol tersebut.

No comments:

Post a Comment