Wednesday, 2 November 2011

MANIFESTASI KEMARAHAN RAKYAT TERHADAP GUAN ENG

Melayu Pulau Pinang terus marah kepada Guan Eng dan Kerajaan DAP pimpinannya. Kemarahan yang tiada titiknya itu jelas dizahirkan melalui contengan yang dikesan pada dinding sebuah premis yang terletak berdekatan dengan Jejantas Jalan Penang-Jalan Burma manakala satu lagi contengan pada dinding pagar sebuah lagi premis di Jalan Transfer di George Town.

"GUAN ENG TIPU MELAYU", begitulah perkataan yang dicontengkan di kedua-dua tempat tersebut. Walaupun sejak mengambilalih kuasa di Pulau Pinang, Guan Eng dan DAPnya telah memperkenalkan slogan C.A.T (Competency, Accountability and Transparency) namun nyata sekali ianya hanya slogan semata-mata. Apa yang jelas Guan Eng dan DAPnya tidak sedikit pun menunjukkan sikap akauntibiliti tetapi yang ketara hanyalah kerakusan semata-mata. Tanah-tanah tempat orang-orang Melayu berteduh sejak beratus dan berpuluhan tahun lamanya dirampas atas nama pembangunan. Melayu dihalau secara halus dari kampung halaman mereka. Kampong Pokok Assam, Kampong Jelutong, Kampung Genting adalah di antara kampung yang menjadi sasaran kerana kampung-kampung berkenaan diibaratkan lombong emas untuk dibahagi-bahagikan bagi mengisi tembolok besar para kroni Guan Eng. Lebih jauh dari itu, tanah wakaf untuk perkuburan orang Islam juga dirampas.

Inilah yang mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu Pulau Pinang. Janji pilihanraya lepas…jangan haraplah... Tol Sungai Nyior di Butterworth sehingga kini masih gah berdiri walaupun Guan Eng pernah berjanji akan menghapuskan Plaza Tol berkenaan apabila PR memerintah. Kini Guan Eng hanya bermegah dengan bantuan wang RM100 untuk warga emas, RM1000 untuk khairat kematian. Ahh...itu hanyalah rasuah politik untuk menarik sokongan rakyat semata-mata.

2 comments:

  1. Assalamualaikum
    Minta dilink blog saya disini
    http://kerispusakabangsa.blogspot.com/
    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam Kris Pusaka. Maaf lewat respon, sibuk dengan tugas harian. Insyallah saya akan linkkan ke blog saudara. Terima kasih

    ReplyDelete