Semalam kerajaan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM500.00 kepada sejumlah 1.27 juta kakitangan sektor awam kerajaan dan bayaran saguhati khas RM500.00 kepada 590 ribu pesara kerajaan yang akan dibayar pada pertengahan bulan ini (Ogos). Tujuan kerajaan hanyalah satu, tidak lain adalah bagi meringankan beban golongan terlibat menjelangnya sambutan Aidilfitri.Ianya jelas menunjukkan sikap prihatin kerajaan terhadap golongan itu yang hanya ada satu punca pendapatan sahaja. Walaupun di saat-saat kedudukan ekonomi negara yang tidak begitu selesa, namun kerajaan tetap memberi perhatian terhadap hal ehwal kebajikan kakitangan sektor awam dan juga golongan pesara. Seharusnya berita ini disambut dengan penuh kesyukuran.Pun begitu, pemberian kerajaan itu seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Apa yang menarik, pemberian bonus dan saguhati khas ini akan dilihat oleh pihak tertentu dalam perspektif yang berbeza. Sebagaimana lazimnya, golongan berkenaan pasti akan menjadikan pemberian bonus serta saguhati khas itu sebagai satu isu. Dalam hal ini, pemberian bonus dan saguhati khas itu akan dikaitkan dengan usaha kerajaan untuk meraih sokongan kakitangan sektor awam dan para pesara terhadap kerajaan yang dikatakan semakin terhakis menjelangnya pilihanraya umum ke-13. Perlu diperjelaskan bahawa nikmat ini secara diam-diam turut dikongsi bersama oleh sebilangan kakitangan sektor awam kerajaan yang menyokong pembangkang yang "tersengih-sengih" menerima habuan itu. Jika mereka juga berpandangan sedemikian, maka ada baiknya golongan tersebut tidak menerima atau memulangkan sahaja pemberian kerajaan itu atau lebih baik lagi berhenti sahaja daripada berkhidmat dengan kerajaan andainya masih tidak bersyukur.
No comments:
Post a Comment