Nibong Tebal : 14 Ogos 2011 – Kelmarin (12 Ogos 2011) seramai 30 orang peniaga Bazaar Ramadhan berang dan berhimpun dalam satu demonstrasi bagi membantah tindakan “doudble standard” Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP / Lim Guan Eng. Ianya berikutan tindakan MPSP yang sehari sebelumnya telah mengeluarkan saman ke atas para peniaga terbabit kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lessen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.
Sebahagian daripada peniaga turut mempamirkan
surat saman yang dikeluarkan oleh pihak MPSP
Surat saman yang dikeluarkan oleh pihak
MPSP pada 11 Ogos 2011 kepada peniagaRasa tidak puashati para peniaga terlibat bukan sahaja berunca daripada tindakan pihak MPSP mengeluarkan saman terhadap mereka tetapi ianya lebih merupakan bantahan terhadap layan tidak adil pihak kerajaan negeri terhadap golongan peniaga Melayu di negeri ini. Para peniaga terlibat, seperti tahun-tahun sebelumnya sejak awal-awal lagi telah memohon untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan perniagaan di bulan Ramadhan. Bagaimanapun permohonan mereka telah ditolak tanpa sebarang alasan. Layanan tidak adil itu lebih ketara bilamana terdapat 5 buah gerai yang beroperasi di tepi jalan yang ternyata menganggu lalulintas tetapi diberi lesen oleh PBT berkenaan.
Para peniaga yang tidak puashati
terhadap Kerajaan Negeri DAP Pulau PinangAdapun tindakan yang diambil oleh PBT berkenaan terhadap peniaga terbabit adalah ekoran arahan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri setelah mendapat aduan melalui telefon daripada Pengerusi JKKKN Sungai Chenaam. Tindakan itu secara tidak langsung memperlihatkan corak dan gaya pentadbiran DAP khususnya Lim Guan Eng yang berat sebelah dan lebih mengutamakan kelompok yang menyokongnya saja di samping tersembunyi agenda untuk menyingkirkan golongan peniaga Melayu. Ini bukan kali pertama Kerajaan Negeri pimpinan Guan Eng ini bertindak secara tidak adil terhadap peniaga Melayu, malahan beberapa kali sebelum ini turut diambil terhadap golongan peniaga Melayu lainnya. Contoh paling klasik adalah perobohan Café Doremi dan gerai-gerai peniaga Melayu di Taman Pelangi, Perai tidak berapa lama dahulu.
No comments:
Post a Comment