Thursday, 11 August 2011

LAGI PENIAGA KECIL MELAYU DITINDAS !!!

11 Ogos 2011 - Nibong Tebal. Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang atas arahan Lim Guan Eng sekali lagi melakukan diskriminasi ke atas peniaga-peniaga kecil Melayu Islam bilamana pada jam 4.30 petang seramai 30 peniaga di Tapak Bazaar Ramadhan berhadapan Dewan Perda Sungai Acheh telah dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa tempatan, MPSP. Tindakan itu diambil kerana para peniaga terbabit dikatakan tidak mempunyai lesen berniaga. Apa yang diketahui tindakan itu diambil berpunca daripada aduan  Pengerusi JKKKN Sungai Chenaam kepada Guan Eng yang dibuat melalui panggilan telefon. Ekoran aduan itu juga, Guan Eng telah mengarahkan MPSP agar bertindak.



Tindakan Kerajaan Negeri PR pimpinan DAP itu telah mencetuskan rasa tidak puashati di kalangan peniaga kecil terbabit yang melihat tindakan itu sebagai satu diskriminasi terhadap para peniaga kecil di samping merupakan usaha untuk menyekat rezeki mereka di bulan Ramadhan. 



Apa yang menarik, ini bukanlah kali pertama Kerajaan DAP Pulau Pinang melakukan diskriminasi terhadap peniaga kecil di negeri ini. Sebelum ini pun, beberapa siri tindakan berupa diskriminasi terhadap golongan peniaga kecil telah kita dengar melalui operasi perobohan gerai-gerai golongan tersebut. Antaranya termasuk peristiwa perobohan Cafe Doremi, gerai-gerai di Taman Pelangi dan beberapa yang lain sehingga mencetuskan kekecohan.



Inilah kerajaan negeri yang digembar-gemburkan sebagai pentadbiran yang menjaga kebajikan rakyat. Ke mana sahaja dan dalam apa jua majlis yang dihadiri, Guan Eng atau lain-lain kepimpinan PR termasuk pemimpin Melayu PKR yang tak sedar diri dan PAS yang hanya "melukut di tepi gantang"  (tumpang sekaki ler..), mereka mencanangkan peri kebaikan Kerajaan PR pimpinan DAP / Guan Eng itu melalui pemberian pelbagai sumbangan kepada rakyat seperti sumbangan kepada warga emas, bayi yang baru lahir, ibu tunggal dan OKU sebanyak RM100, wang khairat kematian sebanyak RM1,000 termasuklah bantuan RM1,000 kepada para pelajar yang berjaya memasuki IPTA. Cerita ini dijaja di mana saja dengan digambarkan bahawa kerajaan pimpinan DAPlah yang terbaik setakat ini.

Kerajaan Persekutuan / BN pula digambarkan sebagai rasuah dan menyeleweng. Tapi persoalannya yang Guan Eng / DAP beri wang sagu hati kepada warga emas, bayi baru lahir, ibu tunggal dan OKU sebanyak RM100 serta wang khairat kematian kepada waris si mati dan pelajar yang berjaya memasuki IPTA sebanyak RM1,000 itu semata-mata kebajikan ke !! Tidakkah itu juga merupakan RASUAH politik DAP untuk tarik sokongan rakyat di saat-saat untuk terus kekal berkuasa menjelang PRU ke-13!!! Kalau kena kat orang lain, RASUAH istilahnya.. kena kat depa KEBAJIKAN dan PRIHATIN!!

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan peniaga Bazaar Ramadhan dijangka akan mengadakan satu perhimpunan pada 12/8/2011 jam 3.00 petang bagi membantah tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan kerajaan negeri pimpinan Guan Eng / DAP itu..

No comments:

Post a Comment