Wednesday 26 October 2011

RUMAH GANTI KAMPUNG BUAH PALA – LAYANAN ISTIMEWA
KEPADA"BROKER" YANG "BANTU" PENDUDUK BERPINDAH



Taman Buah Pala, Bukit Gelugor, Pulau Pinang - Asal usulnya
Kampung Buah Pala yang pernah menjadi kontroversi
Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Lim Guan Eng begitu bangga dengan slogan pentadbirannya iaitu C.A.T (Competency, Accountability, Transparency). Ke mana dan di mana saja, Guan Eng dan juak-juaknya akan menjaja slogan ini untuk menunjukkan bahawa Kerajaan DAP di Pulau Pinang adalah pilihan paling ideal berbanding pentadbiran Barisan Nasional.

Betulkah Kerajaan Negeri pimpinan DAP dan Guan Eng itu benar-benar kompeten, punya akauntibiliti serta telus setelus-telusnya? Atau ianya slogan semata-mata untuk mengumpan rakyat Pulau Pinang agar terus memberi sokongan terhadap DAP bagi mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang menjelang pilihanraya umum ke 13? 



Barisan 24 unit rumah ganti di kiri dan kanan untuk
bekas penduduk Kampung Buah Pala
Kelmarin, 25 Oktober 2011, akhbar The Star dalam laporannya bertajuk "Buah Pala Lots go to PKR men" mendedahkan tentang wujudnya layanan istimewa kalangan politik Pakatan Rakyat ke atas kroni mereka dalam pemberian lot-lot rumah ganti kepada bekas-bekas penduduk Kampung Buah Pala di Taman Kampong Buah Pala yang dimajukan oleh Syarikat Nusmetro Sdn Bhd. Dilaporkan juga bahawa dua buah unit rumah lot tepi telah diperuntukkan secara khas serta diberi kepada Pembantu Khas kepada salah seorang pemimpin DAP dan Pembantu Peribadi kepada seorang pemimpin PKR. 



Apa yang diberitahu oleh teman-teman Tok Jen orang yang dimaksudkan sebagai kroni DAP itu ialah Karunakaran a/l Retnam yang merupakan Pembantu Khas kepada Law Heng Kiang, Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri yang juga merupakan ADUN DAP Batu Lanchang. Disahkan bahawa Karunakaran atau lebih dikenali sebagai "Mr Whiteman" itu telah diberikan rumah lot tepi No. 2, Lorong Kaki Bukit, Taman Buah Pala, Bukit Gelugor. Seorang lagi yang dikatakan turut mendapat layanan istimewa dikenali sebagai M. Santha yang diberikan unit rumah lot tepi No. 1 di taman sama. Wanita itu dikatakan mempunyai hubungan baik dan merupakan Pembantu Peribadi kepada S. Raveentheran, ADUN PKR Kawasan Batu Uban. Kedua-dua mereka adalah antara bekas penduduk Kampung Buah Pala yang terpaksa keluar mengosongkan kampung berkenaan ketika kontroversi perkampungan berkenaan memuncak tidak berapa lama dahulu.

Lot tepi No. 2 - diperuntukan khas kepada Pembantu Khas
ADUN DAP Batu Lanchang, Karunakaran
Isu ini jelas memperlihatkan tiada ketelusan atau kejujuran sebenarnya dalam pentadbiran Kerajaan DAP pimpinan Guan Eng. Apa yang nyata Pakatan Rakyat khususnya DAP juga turut mengamalkan kronisme dengan mengutamakan serta memberi layanan istimewa kepada kalangan mereka yang sehaluan dan rapat dengan mereka sepertimana yang diberikan kepada Pembantu Khas kepada Law Heng Kiang dan Pembantu Peribadi S. Raveentharan. Walaupun dalam kenyataan yang dibuat oleh Karunakaran a/l Retnam seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star kelmarin, Pembantu Khas kepada ADUN DAP Batu Lanchang itu menegaskan bahawa beliau tidak menduga akan mendapat lot tepi kerana pemilihan lot dibuat secara undian rawak. Kalau pun benar undian itu dibuat secara rawak, pengundian itu juga dipercayai dijalankan secara terancang agar kedua-dua mereka Karunakaran dan M. Santha mendapat unit-unit lot seperti ditetapkan. Pemberian kedua-dua unit khas berkenaan diyakini adalah sebagai "membalas budi" mereka selaku "broker" setelah berjaya menyakinkan para penduduk Kampung Buah Pala sebelum ini untuk keluar dari kampung itu bagi memberi laluan agar projek yang hendak dimajukan dapat dilaksanakan. P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar The Star juga menafikan pembabitan Kerajaan Negeri dalam menentukan pemilihan unit-unit rumah ganti untuk bekas-bekas penduduk Kampung Buah Pala itu. Memanglah Kerajaan Negeri tak terlibat dalam pengendalian pemilihan atau undian untuk menentukan unit-unit rumah itu dan ianya dilakukan oleh pihak pemaju. Namun sudah tentunya ada "tangan-tangan tersembunyi" di belakang dalam menentukan siapa dan diberikan unit mana dalam undian yang bakal dikendalikan, itu saja.



Lot tepi No. 1 - diperuntukkan khas kepada M. Santha,
Pembantu Peribadi ADUN PKR Batu Uban
Selama ini Pakatan Rakyat khususnya DAP mengecam, mengkritik malahan menghina Barisan Nasional khususnya UMNO yang didakwa mengamalkan kronisme, tidak kompeten lagi untuk menerajui negara, tiada akauntabiliti dan tidak telus dalam segala hal serta dasar-dasarnya. Justeru itu, apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP / Guan Eng itu kompeten dan telus? Mengatakan dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Cakap tak serupa bikin. Di manakah realitinya slogan C.A.T yang dijaja di segenap pelusuk negeri atau pun yang sebenarnya ia membawa maksud amalan rasuah (Corruption) yang turut diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Guan Eng itu di samping keangkuhan (Arrogance) serta pencabulan (Transgression) terhadap semua bentuk nilai murni, tatasusila, moral, peraturan dan sebagainya.

3 comments:

  1. bagi penduduk asal buah pala, dapat rumah tak? jika dapat satu penambahbaikan hidup, dan jika tidak ianya satu pencerobohan

    ReplyDelete
  2. Penambahbaikan utk kroni. Yg bukan kroni kena halau keluar tanpa dpt apa-apa pun!!!

    ReplyDelete
  3. http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=689402

    kamu pasti mereka tak dapat apa apa pun?

    ReplyDelete