Friday 26 August 2011

DAP : Anwar liabiliti kepada DAP dan PR


Dalam satu pertemuan di antara 12 orang pemimpin DAP dengan Peguam Amrit Singh (rakan karib Anwar Ibrahim) 2 hari lalu di satu majlis makan malam di London, pemimpin DAP terlibat menyatakan bahawa semasa Anwar berada di kandang tertuduh telah tidak menjawab pertuduhan ke atas dirinya dalam kes liwat yang sedang dihadapi. Justeru itu, mereka menganggapnya sebagai bersalah. Dalam hal itu, pemimpin DAP terbabit menyifatkan Anwar sebagai liabiliti kepada DAP dan Pakatan Rakyat.



Kalaulah DAP sudah beranggapan Anwar sebagai liabiliti, tak tahu pula bagaimana dengan PAS... Atau pun PAS sedang dok belek kitab, hadith dan firman untuk mencari nas-nas atau potongan ayat yang boleh menghalalkan perbuatan Anwar tu...



Tok Jen - Cuba cari nas-nas dan dalil seumpamanya tapi takda dalam mana-mana kitab, hadith atau firman. Allah SWT saja maha mengetahui..

Sunday 14 August 2011

LIM GUAN ENG BERAT SEBELAH – PENIAGA BERANG


Nibong Tebal : 14 Ogos 2011 – Kelmarin (12 Ogos 2011) seramai 30 orang peniaga Bazaar Ramadhan berang dan berhimpun dalam satu demonstrasi bagi membantah tindakan “doudble standard” Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP / Lim Guan Eng. Ianya berikutan tindakan MPSP yang sehari sebelumnya telah mengeluarkan saman ke atas para peniaga terbabit kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lessen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Semasa perhimpunan itu, para peniaga terbabit turut mempamirkan beberapa poster dan plakad bagi menunjukkan rasa tidak puashati di atas layanan tidak adil dan kezaliman pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.

Sebahagian daripada peniaga turut mempamirkan
surat saman yang dikeluarkan oleh pihak MPSP

Surat saman yang dikeluarkan oleh pihak
MPSP pada 11 Ogos 2011 kepada peniaga

Rasa tidak puashati para peniaga terlibat bukan sahaja berunca daripada tindakan pihak MPSP mengeluarkan saman terhadap mereka tetapi ianya lebih merupakan bantahan terhadap layan tidak adil pihak kerajaan negeri terhadap golongan peniaga Melayu di negeri ini. Para peniaga terlibat, seperti tahun-tahun sebelumnya sejak awal-awal lagi telah memohon untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan perniagaan di bulan Ramadhan. Bagaimanapun permohonan mereka telah ditolak tanpa sebarang alasan. Layanan tidak adil itu lebih ketara bilamana terdapat 5 buah gerai yang beroperasi di tepi jalan yang ternyata menganggu lalulintas tetapi diberi lesen oleh PBT berkenaan.


Para peniaga yang tidak puashati
terhadap Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang

Adapun tindakan yang diambil oleh PBT berkenaan terhadap peniaga terbabit adalah ekoran arahan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri setelah mendapat aduan melalui telefon daripada Pengerusi JKKKN Sungai Chenaam. Tindakan itu secara tidak langsung memperlihatkan corak dan gaya pentadbiran DAP khususnya Lim Guan Eng yang berat sebelah dan lebih mengutamakan kelompok yang menyokongnya saja di samping tersembunyi agenda untuk menyingkirkan golongan peniaga Melayu. Ini bukan kali pertama Kerajaan Negeri pimpinan Guan Eng ini bertindak secara tidak adil terhadap peniaga Melayu, malahan beberapa kali sebelum ini turut diambil terhadap golongan peniaga Melayu lainnya. Contoh paling klasik adalah perobohan Café Doremi dan gerai-gerai peniaga Melayu di Taman Pelangi, Perai tidak berapa lama dahulu.

Dalam hal ini kita percaya, PAS khusunya Mat Sabu akan mencari akta yang sesuai untuk membela DAP khususnya Lim Guan Eng. Kalau tiada sebarang akta sedemikian, PAS akan mencadangkan digubal satu undang-undang kecil bagi menghalalkan tindakan DAP terhadap peniaga-peniaga kecil Melayu.



Thursday 11 August 2011

LAGI PENIAGA KECIL MELAYU DITINDAS !!!

11 Ogos 2011 - Nibong Tebal. Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang atas arahan Lim Guan Eng sekali lagi melakukan diskriminasi ke atas peniaga-peniaga kecil Melayu Islam bilamana pada jam 4.30 petang seramai 30 peniaga di Tapak Bazaar Ramadhan berhadapan Dewan Perda Sungai Acheh telah dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa tempatan, MPSP. Tindakan itu diambil kerana para peniaga terbabit dikatakan tidak mempunyai lesen berniaga. Apa yang diketahui tindakan itu diambil berpunca daripada aduan  Pengerusi JKKKN Sungai Chenaam kepada Guan Eng yang dibuat melalui panggilan telefon. Ekoran aduan itu juga, Guan Eng telah mengarahkan MPSP agar bertindak.



Tindakan Kerajaan Negeri PR pimpinan DAP itu telah mencetuskan rasa tidak puashati di kalangan peniaga kecil terbabit yang melihat tindakan itu sebagai satu diskriminasi terhadap para peniaga kecil di samping merupakan usaha untuk menyekat rezeki mereka di bulan Ramadhan. 



Apa yang menarik, ini bukanlah kali pertama Kerajaan DAP Pulau Pinang melakukan diskriminasi terhadap peniaga kecil di negeri ini. Sebelum ini pun, beberapa siri tindakan berupa diskriminasi terhadap golongan peniaga kecil telah kita dengar melalui operasi perobohan gerai-gerai golongan tersebut. Antaranya termasuk peristiwa perobohan Cafe Doremi, gerai-gerai di Taman Pelangi dan beberapa yang lain sehingga mencetuskan kekecohan.



Inilah kerajaan negeri yang digembar-gemburkan sebagai pentadbiran yang menjaga kebajikan rakyat. Ke mana sahaja dan dalam apa jua majlis yang dihadiri, Guan Eng atau lain-lain kepimpinan PR termasuk pemimpin Melayu PKR yang tak sedar diri dan PAS yang hanya "melukut di tepi gantang"  (tumpang sekaki ler..), mereka mencanangkan peri kebaikan Kerajaan PR pimpinan DAP / Guan Eng itu melalui pemberian pelbagai sumbangan kepada rakyat seperti sumbangan kepada warga emas, bayi yang baru lahir, ibu tunggal dan OKU sebanyak RM100, wang khairat kematian sebanyak RM1,000 termasuklah bantuan RM1,000 kepada para pelajar yang berjaya memasuki IPTA. Cerita ini dijaja di mana saja dengan digambarkan bahawa kerajaan pimpinan DAPlah yang terbaik setakat ini.

Kerajaan Persekutuan / BN pula digambarkan sebagai rasuah dan menyeleweng. Tapi persoalannya yang Guan Eng / DAP beri wang sagu hati kepada warga emas, bayi baru lahir, ibu tunggal dan OKU sebanyak RM100 serta wang khairat kematian kepada waris si mati dan pelajar yang berjaya memasuki IPTA sebanyak RM1,000 itu semata-mata kebajikan ke !! Tidakkah itu juga merupakan RASUAH politik DAP untuk tarik sokongan rakyat di saat-saat untuk terus kekal berkuasa menjelang PRU ke-13!!! Kalau kena kat orang lain, RASUAH istilahnya.. kena kat depa KEBAJIKAN dan PRIHATIN!!

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan peniaga Bazaar Ramadhan dijangka akan mengadakan satu perhimpunan pada 12/8/2011 jam 3.00 petang bagi membantah tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan kerajaan negeri pimpinan Guan Eng / DAP itu..

Monday 8 August 2011

BONUS : SYUKUR DAN MANFAATKAN BUKANNYA DIPOLITIKKAN

Semalam kerajaan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM500.00 kepada sejumlah 1.27 juta kakitangan sektor awam kerajaan dan bayaran saguhati khas RM500.00 kepada 590 ribu pesara kerajaan yang akan dibayar pada pertengahan bulan ini (Ogos). Tujuan kerajaan hanyalah satu, tidak lain adalah bagi meringankan beban golongan terlibat menjelangnya sambutan Aidilfitri.Ianya jelas menunjukkan sikap prihatin kerajaan terhadap golongan itu yang hanya ada satu punca pendapatan sahaja. Walaupun di saat-saat kedudukan ekonomi negara yang tidak begitu selesa, namun kerajaan tetap memberi perhatian terhadap hal ehwal kebajikan kakitangan sektor awam dan juga golongan pesara. Seharusnya berita ini disambut dengan penuh kesyukuran.Pun begitu, pemberian kerajaan itu seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Apa yang menarik, pemberian bonus dan saguhati khas ini akan dilihat oleh pihak tertentu dalam perspektif yang berbeza. Sebagaimana lazimnya, golongan berkenaan pasti akan menjadikan pemberian bonus serta saguhati khas itu sebagai satu isu. Dalam hal ini, pemberian bonus dan saguhati khas itu akan dikaitkan dengan usaha kerajaan untuk meraih sokongan kakitangan sektor awam dan para pesara terhadap kerajaan yang dikatakan semakin terhakis menjelangnya pilihanraya umum ke-13. Perlu diperjelaskan bahawa nikmat ini secara diam-diam turut dikongsi bersama oleh sebilangan kakitangan sektor awam kerajaan yang menyokong pembangkang yang "tersengih-sengih" menerima habuan itu. Jika mereka juga berpandangan sedemikian, maka ada baiknya golongan tersebut tidak menerima atau memulangkan sahaja pemberian kerajaan itu atau lebih baik lagi berhenti sahaja daripada berkhidmat dengan kerajaan andainya masih tidak bersyukur.

Monday 1 August 2011

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Setiap kali tiba bulan Ogos, ianya akan mengingatkan kita bahawa Ogos merupakan bulan di mana negara mencapai kemerdekaan dari belenggu penjajahan. Apa yang menarik dan istimewanya kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 itu, ianya dicapai tanpa setitis pun pertumpahan darah. Ianya adalah hasil kebijaksanaan para pemimpin serta pejuang kemerdekaan ketika itu yang diketuai oleh Almarhum YTM Tunku Abd Rahman Putra Al Haji yang kemudiannya diangkat sebagai Perdana Menteri Persekutuan yang pertama.


Sejak itu, negara terus mengorak maju selangkah demi selangkah.Sebagai rakyat seharusnya kita berbangga dan berterima kasih di atas jerih payah para pemimpin dan pejuang terdahulu di atas usaha yang telah dilakukan sehingga kita mengecapi kemakmuran hidup dalam semua aspek ekonomi, pendidikan, sosial, politik dan sebagainya.


Namun begitu, ada pula sebilangan kecil yang cuba meruntuhkan kemerdekaan yang sejak sekian lama dinikmati rakyat. Mereka bercakap tentang demokrasi, mereka cakap ini "tak bersih", "itu tak bersih" dan semua sistem dalam pentadbiran kerajaan "perlu dibersihkan". Seolah-olah mereka sahaja yang "bersih", tiada kekotoran dan cacat-celanya. Tetapi sebenarnya merekalah yang melakukan kekotoran di jalanan. Suara mereka "cukup besar" dan cakap mereka perlu diikuti dan dituruti. Sebenarnya mereka inilah golongan kecil yang bersuara besar.


Untuk mencapai kemerdekaan ini, harganya bukanlah murah. Walaupun kemerdekaan yang diperolehi itu tanpa sebarang pertumpahan darah, namun kita tidak seharusnya lupa perjuangan para pejuang terdahulu sebelumnya yang mempertaruhkan nyawa demi bumi bertuah ini. Tok Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Sagor, Mat Salleh di Sabah, Rosli Dobi dan Rentap di Sarawak adalah nama-nama yang tidak seharusnya luput dari ingatan kita. Kerana merekalah negara ini masih menjadi milik kita rakyat Malaysia. Ingatlah, jangan sampai negara ini tergadai hanya semata-mata kerana golongan yang tidak tahu menilai harga sesebuah  kemerdekaan.


Anasir-anasir luar khususnya kuasa-kuasa besar sentiasa memerhati kita malahan tidak sesaat pun mereka terlepas pandang akan negara ini yang kaya dengan pelbagai hasil mahsul buminya. Sememangnya Malaysia idaman anasir-anasir luar dan kuasa-kuasa besar tertentu. Oleh sebab mereka sememangnya seronok jika rakyat negara ini terus bertelingkah. Ianya akan memudahkan mereka untuk ambil kesempatan bagi menjayakan agenda tersembunyi mereka. Talibarut kuasa-kuasa besar itu ada di mana-mana untuk mainkan peranan menghasut serta melaga-lagakan rakyat untuk bertelingkah sesama sendiri. Apa yang lebih menariknya, ada di kalangan rakyat kita sendiri yang sanggup menjadi talibarut kepada anasir-anasir luar. Mereka inilah adalah pengkhianat dan petualang yang sepatutnya kita nyahkan mereka dari bumi tercinta ini. Betullah apa yang digambarkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filemnya "Sarjan Hassan" melalui watak "Buang". Ini bukan cerita dongeng, malah berlaku di mana-mana. Apabila keadaan sudah tidak terkawal maka mudahlah mereka mengambil kesempatan. Menghayati kemerdekaan adalah lebih baik daripada mengingatinya. Pertahankan kemerdekaan.

Alangkah baiknya jika keberanian yang sebegini digunakan
untuk mempertahankan kemerdekaan negara !!
Selamat Datang Ke Halaman TOK JEN. mulai besok jeng...jeng...jeng. kita hentam,